September 10, 2013


SAJAK: JAMPI BANGSAKU

Bismillahirrahmanirrahim
Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Ribuan tahun punya hak dan pertuanan di sini
Punya kekuatan punya peradaban
Punya kebenaran punya keagungan
Punya ketuhanan punya kebudayaan

Hai bangsaku aku tahukan asalmu
Akar jiwamu memegang darahku
Batang hatimu menjadi tubuhku
Daun aqalmu melitup zat dan sifatku,
Bangsaku jangan mengubah rupa
Bangsaku jangan meleka sambil melewa
Biarlah utuh diujian sepanjang masa

Hai bangsaku,
Seribu lupa selaksa sedar
Tawarlah segala yang lupa
Dari hikmatan kebendaan dan kepuraan
Dari hikmatan peniruan dan kesesatan
Tawar sekali dari bisa onar dan kemusnahan,
Jika bisa pada jiwa tawar pada hati
Bisa pada aqal tawar pada aqal
Tawarlah pada segala wujud keperibadian kita
Pulang pulih seperti keadaan asal

Hai bangsaku aku tahu usulmu
Jatuh di segala ceruk rantau alam ini
Jatuh di utara jatuh di selatan
Jatuh di timur jatuh di barat,
Janganlah pula duduk tunggu, jaga mengilas siku.

Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban, segala kebenaran
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan

Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap belum sampai ajal
Bukan kuasa aku tp dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah

September 09, 2013

Untungnya menjadi golongan ‘Assabiqun’

Untungnya menjadi golongan ‘Assabiqun’ Dialah perancang majlis, dialah ‘driver’, dialah tukang masak, dialah tukang susun kerusi, dialah MC program dan dialah juga tukang ‘follow up’. Pendek kata, dialah segala-galanya. Situasi ini adalah biasa di tempat-tempat yang mana dakwah baru mahu mula bercambah serta kurang pula orang yang punya semangat untuk berdakwah. Oleh kerana kefahaman dan kecintaannya terhadap agama, maka dia sanggup berkorban lebih untuk memastikan tuntutan kalimah syahadah yang dilafazkan dipenuhi haknya.

Walaupun sebenarnya dia punya pilihan untuk jadi sahaja seperti rakan-rakannya yang biasa-biasa. Yang punya banyak masa untuk memikirkan keadaan tentang diri sendiri, yang punya banyak masa untuk pastikan kehidupan untuk diri sendiri dapat diaturkan dengan sangat terperinci. Namun tidak. Dia memilih untuk tidak hidup hanya untuk diri sendiri. Dia mahu hidupnya dikongsikan bersama ummah ini. Masalah orang sekeliling, menjadi masalahnya juga walaupun dia sendiri berhadapan dengan seribu satu masalah. Tapi keyakinannya terhadap janji-janji Allah membuatkan dia untuk lebih kuat dan tabah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." - At-Taubah: 111

Ya, Allah dah beli! ALLAH DAH BELI! Mana mungkin kita tak mahu bagi apa yang Allah dah beli. Dan rupanya bukan calang-calang harga diri kita ini. Harganya syurga. Ya, harga yang dibayar oleh Allah untuk dapatkan balik diri dan harta ini ialah syurga! Apa lagi yang kita mahukan selain syurganya? Sebuah tempat yang mana kita boleh dapat apa-apa sahaja yang dipinta. Sebuah tempat yang mana kita boleh dapat apa sahaja yang kita tak dapat miliki semasa di dunia. Sebuah tempat yang mana hanya diduduki oleh orang-orang yang baik-baik sahaja.

Dunia yang sementara ini akan berakhir. Tidak mungkin kita akan hidup buat selama-lamanya. Tidak mungkin kita akan berkekalan dalam mengejar keseronokan dunia. Semuanya akan berakhir. Dan tatkala ia berakhir, manusia akan terbahagi kepada 3 golongan; ‘Ashabul maimanah’ (golongan pihak kanan), ‘Ashabul masy’amah’ (golongan pihak kiri) dan yang paling istimewa sekali digelar ‘Assabiqun’ iaitu orang-orang yang telah mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia. Dan di antara 3 golongan ini, golongan ke-3 lah yang akan mendahului yakni mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. Ini menunjukkan betapa istimewanya kedudukan mereka di sisi Allah. (Rujuk surah Al-Waqi’ah)

Subhanallah betapa beruntungnya jika dapat menjadi golongan ‘Assabiqun’ ini! Iaitu orang-orang yang telah mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia. Merekalah ‘pioneer’, perintis, pencetus amal, pemula dakwah. Ibarat mereka yang menyertai Badar. Menggagahkan diri untuk berperang tanpa dijanjikan sebarang habuan dunia (ghanimah – belum turun ayat berkenaan pembahagian harta perang sebelum berlakunya perang Badar). Berperang hanya semata-mata mahu menegakkan agama Allah. Dan golongan ini yang disebut-sebut dan dipandang tinggi tahap keimanan mereka serta diampunkan dosa-dosa mereka yang telah lalu dan akan datang. Mereka itulah ahli Badar, pendokong terawal dakwah Rasulullah.

Hidup ini adalah perlumbaan. Perlumbaan untuk meraih syurganya. Maka jangan dikeluh kesahkan setiap apa yang telah dikorbankan. Kerana sesungguhnya ia memang patut kita korbankan. Bukankah ia sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah? Bahkan telahpun dibeli oleh Allah dengan syurgaNya? Ibarat pembeli yang turut memberikan modal perniagaan kepada si peniaga dan mahu dibeli pula barang jualannya. Perniagaan yang tidak rasional di pandangan mata manusia tetapi itulah hakikatnya. Sebuah perniagaan yang tidak ada lain yang lebih menguntungkan. ‘Tender’ perniagaan yang cuba mendapatkan kontrak menjadi golongan ‘Assabiqun’. Bagi meraih keuntungan menjadi golongan ‘Assabiqun’.

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rosulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk kebaikan maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dari sedikitpun pahala mereka…” - (HR. Abu Dawud)

Bayangkanlah pahala yang mengalir bagi golongan ‘Assabiqun’ ini...

August 16, 2011

Kisah orang yang mengaku dirinya asnaf

Sabtu lepas, saya didatangi oleh seorang wanita yg membawa anak kecilnya dalam umur lebih kurang 3-4 tahun. Buka-buka pintu kereta je (masa tu kat depan rumah baru balik utk berbuka), wanita itu terus menyapa saya,

Wanita itu: Kak, tolong kak. Bayar zakat fitrah pada saya kak. Saya mahu beli makan untuk anak...

Saya: Err zakat fitrah? Kenapa tak mintak dari baitumal? Diorang tak bagi ke?

Wanita itu: Tade kak. Tolong laa. Saya mau beli makan (loghat2 mamak).

Saya: Datang dari mana ni?

Wanita itu: Ampang.

Saya: Datang Shah Alam buat apa? Naik apa?

Wanita itu: Naik bas kak. Datang cari duit la.

Saya: Datang sampai Shah Alam semata-mata untuk minta duit ni?

Wanita itu: "Mengangguk".

Saya: Kalau mau makan, di masjid-masjid ada sediakan makan percuma untuk berbuka. Mau minta zakat pun boleh jumpa orang zakat kat sana.

Wanita itu meneruskan misinya memberi salam ke rumah jiran sebelah pula. Rupa-rupanya kat hujung jalan yg sama ada lagi satu pasangan anak beranak tengah buat benda yg sama juga. Mereka turut bertegur sapa seolah-olah datang naik bas sama-sama tadi.

Hmm di bulan Ramadhan ni mmg banyak orang ambil kesempatan di atas kemurahan hati ramai orang untuk bersedekah. Mungkin akan ada yg berkata, "bagi je lah..awak tetap dapat pahala walaupun orang tu menipu.".. Memang benar sekali dan saya tidak menyangkal kalau ada orang berfikiran begitu. Tapi pada saya, kalau kita terus bagi, orang-orang ini sebenarnya menyusahkan orang yg benar-benar susah. Orang yg benar-benar susah terpaksa pula 'bersaing' dengan mereka yg tak berapa susah sebenarnya ni (yelah daripada bayar duit tambang bas tadi, baik guna buat beli makanan jika benar-benar tiada duit sebenarnya untuk beli makanan).

Tapi saya sendiri pun tak pasti bagaimana caranya untuk membendung perkara ini secara efektif selain hanya menyedekahkan senyuman kepada si peminta (senyum itukan satu sedekah :) ). Saya terfikir dalam-dalam, kalau orang macam ni selalu berjumpa dgn orang macam saya, pasti mudah orang islam ni dilabelkan 'kedekut'. Timbullah pula isu 'kalau minta kat gereja ni mesti dapat'. Hmm...

Mendengar sedikit penjelasan dari pusat zakat di radio IKIM tempoh hari berkenaan banyak kes orang datang 'menipu' untuk dapatkan bantuan. Ada satu kes, ada sorang hamba Allah ni datang dari satu kaunter zakat ke kaunter zakat meminta bantuan walhal dia telah pun mendapatkannya di kaunter sebelum tu. Lepas ni, timbul pula isu 'birokrasi' dan 'macam-macam kerenah' nak minta bantuan ni. Diantara perkara yg disarankan oleh pusat zakat ialah agar orang yg betul-betul susah, tolong datang ke masjid/surau berhampiran dan laporkan kesusahan kepada imam masjid/surau tersebut. Kalau orang susah ni tak mampu, minta jiran-jiran yg bantu untuk sampaikan. Bila mendengarkan penjelasan ini saya terfikir, betul juga. Kadang-kadang kita ni hanya pandai komen dan menyalahkan orang lain tanpa memikirkan bahawa diri sendiri pun sebenarnya ada peranan yg perlu dimainkan. Mengambil berat perihal jiran itu kan satu kemestian (bukan dikira menjaga tepi kain orang).

Satu lagi kes penipuan peminta sedekah yg berjaya dibongkarkan boleh didapati disini --> http://www.mazidulakmal.com/2011/08/lebih-mengelirukan-berbanding-entiti.html

Berbalik kepada kisah wanita tadi, saya yakin yg beliau menjalankan aktiviti meminta-minta ini sebagai diantara sumber pendapatannya. Jika dia bersuami, alangkah kasihannya suaminya kerana membuatkan si isteri terpaksa menipu utk mencari makanan utk di sendiri dan anak-anak sedangkan tugas itu sebenarnya tugas si suami. Kasihan si suami kerana kena menjawab kat akhirat nanti. Tapi lebih kasihan lagi kalau suami isteri buat kerja meminta-minta ni huhu.memang sehati sejiwa...

Kepada umat islam seluruhnya, janganlah diperbiasakan menipu ini dalam kehidupan kita sehari-hari walau apapun tujuannya. Menipu ini salah satu dari ciri-ciri orang munafik. Islam juga mengajar kita untuk berusaha, bukan meminta-minta.

August 15, 2011

Gelagat jemaah terawih wanita di masjid negeri

Perkara ni sebenarnya agak membuatkan hati saya sayu. Sedang jemaah mengerjakan solat terawih (saya di masjid tapi waktu tak dapat ikut imam utk solat terawih kerana anak saya (setahun 7 bulan) sudah merayau-rayau jadi saya kena jaga takut-takut dia menganggu jemaah lain). Kanak-kanak lain biasalah bila di belakang ni banyak gelagatnya. Seperti kebiasaannya juga ada beberapa orang makcik dan pakcik yg memang dibayar untuk menjaga ketenteraman masjid ketika orang sedang bersolat di dewan solat.

Yang membuatkan hati saya sayu ialah ada seorang makcik ni (dirahsiakan namanya sebab saya pun memang tak tahu huhu), sedang menjalankan tugas 'memarahi' kanak-kanak yang ada disitu untuk duduk diam-diam. Ada seorang tu umurnya mungkin dalam 5 tahun sedang duduk diam tapi dalam keadaan meniarap sambil menunggu emaknya habis solat, ditepuk punggungnya oleh makcik petugas tadi disuruh duduk kat tepi dinding. Satu lagi senario ialah (ini paling sayu) ada seorang kanak-kanak perempuan berumur dalam 3-4 tahun dalam keadaan yang amat cemas dan sangat takut (nampak jelas di riak wajahnya) apabila dia tidak berjaya membuatkan adiknya (dalam umur setahun) untuk berhenti menangis nak menyusu ketika makcik petugas tadi merenung bengis dirinya kerana adiknya 'buat bising'. Ibu mereka yang berada berdekatan sedang sesegera mungkin cuba utk habiskan solatnya (tak ikut imam pun kerana dia solat di belakang utk menjaga anak-anaknya).

Setelah melihat senario ini saya sudah jadi tak boleh duduk diam. Saya bangun dan menegur makcik petugas tersebut. Sambil memegang kedua2 bahunya;

Saya: Kak sabar kak, jangan cakap dgn budak-budak marah-marah macam tu. Diorang tak faham pun. Cuba berlembut sikit.

Makcik Petugas: Saya dah puas berlembut dah dengan mak-mak diorang ni tapi tak faham-faham juga. Budak-budak ni bising, nanti Imam marah saya.

Saya: Yelah, tapi cakap jugalah baik-baik kak. Terangkan juga pada Imam elok-elok, jangan marah-marah. Takpe kak, akak dapat pahala buat kerja ni. Besar pahala akak. Cuma kena sabar je.

Makcik Petugas: Ye saya tahu saya dapat pahala. Kalau Imam marah nanti, bukan kamu semua yg kena marah tapi saya juga yg kena marah.

Saya: Yelah akak, akak dapat pahala kak. Sabar je ye. Budak-budak mana faham kena marah-marah gitu..

Saya pun kembali ke tempat duduk. Memang situasinya di belakang tu ramai ibu-ibu yg bertelekung dan berseiap sedia utk solat terawih mengikut imam tapi tak dapat berbuat demikian sebab anak-anak kecil mereka 'tidak membenarkan'. Namun terdetik dalam hati saya, ibu-ibu ini tetap akan dapat pahala iktikaf di masjid walaupun tidak dapat berterawih bersama imam.

Boleh juga sebenarnya anak-anak kecil ini dihantar di nurseri yg disediakan oleh pihak masjid di bawah tapi yelah faham juga mungkin kerana kasihankan anak2 ini yg memang sudah seharian duduk di nurseri waktu ibu-ibu mereka bekerja...Tambahan pula anak-anak ini di waktu malam mereka memang tak biasa duduk di nurseri, mahu tidur di samping ibu-ibunya...Lagipun, kalau anak-anak ini dihantar ke nurseri, mereka tidak dapat belajar melihat orang bersolat jemaah gitu. Kalau nak duduk di tingkat bawah pun boleh juga tapi 'zouq' nya tak sama sebab speaker tingkat bawah tidak sekuat di tingkat atas dan tidak nampak jemaah sembahyang bersama..semuanya bertaburan.

Apa-apapun saya tidak menyalahkan makcik petugas tadi kerana beliau cuma menjalankan tugasnya. Saya minta maaf mungkin kerana ada ibu-ibu semacam saya ni yg bawa anak-anak ke masjid menyukarkan beliau utk menjalankan tugas. Kalau orang kata kami ni pentingkan diri sendiri, betul juga. Yelah Ramadhan setahun sekali, kami juga nak recharge iman berterawih di masjid. Bagi saya, orang yg tidak perlu bawa anak ke masjid pun 'pentingkan diri sendiri' jika mereka fikir anak-anak ini menyusahkan mereka utk khusyuk bersolat di masjid. Cumanya saranan saya kepada ibu-ibu yg membawa anak-anak ke masjid, kena pandai kawal anak-anak. Yang penting pastikan mereka tidak mengotorkan masjid, tidak terlalu bising, tidak menyelongkar beg2 jemaah yg tgh solat dan seboleh-bolehnya tidak menganggu jemaah lain.

Diantara sebab utama saya bangun menegur makcik petugas tadi ialah kerana saya memikirkan, jangan esok lusa anak-anak kecil ni berasa 'takut' utk ke masjid kerana nanti 'kena marah'. Takut-takut dibawa sampai ke besar pula anak-anak ini buat perangai 'takut' nak ke masjid ni. Lagi satu, effectnya mungkin pada orang-orang muda (yg ada anak-anak kecil ni). Kalau nak tunggu anak-anak ni sampai ke besar baru nak ke masjid, alamatnya mau dalam 10-15 tahun agaknya mereka tak jejakkan kaki ke masjid.

Oklah malam ni saya tak ke masjid negeri (masih trauma dgn scene anak kecil tadi ketakutan dan cemas dimarahi makcik petugas kerana tak dapat menenangkan adiknya yang sedang menangis sebab ibu mereka sedang bersolat). Nak terawih di rumah kawan pulalah...

November 20, 2010

December 20, 2009

Bahagia?

Copied from: http://www.saripadul.com/2009/12/bahagia.html


Pada 9/12/2009 yang lepas, aku sempat menghadiri jemputan bicara ilmu anjuran FELCRA di Kota Marudu. Kali pertama berjaya memenuhi undangan ke Kota Marudu setelah berkali-kali dijemput. Tajuk ceramah: Rumahtangga Bahagia, Keluarga Sejahtera.

Bercerita tentang keluarga bahagia, memang mudah. Menulis juga senang. Menjadikan ia realiti sangat sukar. Khususnya dalam era manusia berlumba-lumba membahagiakan diri dengan elemen duniawi. Sedikit bahan dari buku saya yang bakal terbit "MEMBINA SYURGA CINTA", Terbitan UMS, InsyaAllah akan terbit januari 2010.

BERBAHAGIA DI SYURGA:

Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga bukannya mudah. Ia memerlukan kerjasama semua pihak. Organisasi kecil ini memerlukan pengurus yang baik bergelar suami. Memerlukan pembantu pengurus yang cekap bergelar isteri. Ahli organisasi juga perlu bekerjasama dan bekerja keras untuk merealisasikan impian membentuk keluarga bahagia. Mahligai impian duniawi ini cuma akan nampak indah dan sentiasa dihiasi bunga cinta yang segar mekar apabila semua pihak yang bernaung di bawahnya memahami tanggungjawab dan tugas masing-masing. Bergerak seia sekata dalam satu barisan dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain.

Tunggak utama mestilah ajaran agama dan reka bentuknya tidak boleh lari jauh dari pelan kekeluargaan Rasulullah s.a.w. Ruang udaranya mestilah sentiasa dibekalkan dengan cinta kasih dan belas kasihan.

Keluarga juga umpama kapal. Ia tidak akan sentiasa berlayar di air tenang, malah menjadi sunnahnya berhadapan dengan ombak dan taufan. Perjalanan masa menjadikan ikatan cinta makin longgar dan suhu sayang juga semakin sejuk. Punca utama ialah rasa jemu kerana bertemu orang yang sama bertahun-tahun lamanya. Tidur sebantal dengan orang yang sama. Makan sehidang dengan orang yang sama. Mungkin juga berpunca dari faktor usia. Usia memakan kulit yang tegang menjadi kendur, rambut yang lebat menjadi luruh dan beruban, muka yang cantik menjadi kusam berkedut. Mungkin cinta pada waktu ini sudah tidak mampu untuk terus bertahan menjadi kemudi dan dayungnya. Ia memerlukan kekuatan kedua yang bernama 'belas kasihan'. Biar sedalam mana pun perasaan jemu, hodoh mana pun rupa paras, lemah mana pun tenaga batin, bosan mana pun jiwa, belas kasihan masih mampu membawa ahli keluarga ke titik terakhir matlamat cinta iaitu syurga. Lantaran itu, Allah S.W.T. mengingatkan pasangan yang ingin berumah tangga agar dari awal lagi menjadikan cinta sebagai mahar dan belas kasihan sebagai hantaran. Firman Allah S.W.T.:

 وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

(Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan belas kasihan).

Kasihani isteri yang telah lama berkorban jiwa dan raganya untuk mendampingi anda. Ia telah menyerahkan hati dan jasadnya untuk ketenangan anda. Sanggup bangun seawal pagi untuk menyediakan sarapan dan mengosok pakaian. Pulang anda disambut dengan senyuman dan hidangan minuman kegemaran. Malam pula ia sanggup bermesra dengan anda walaupun fizikalnya sudah keletihan kerana banyaknya tugasan rumah yang perlu ia selesaikan. Ia juga dengan jayanya mendidik anak-anak yang seharian anda tinggalkan kerana kerjaya dan tugas mencari rezeki buat keluarga. Ia juga sanggup mengadai nyawa untuk melahirkan anak-anak anda. Fikirkanlah sebelum terfikir untuk mengeluarkan kalimah cerai. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

(Seorang mukmin tidak akan menceraikan isterinya yang mukminah sekiranya ia membenci satu sifat dari sifat-sifatnya sedang dalam masa yang sama ia redha dan mengingati kebaikan-kebaikannya yang lain).

Kasihani suami yang sanggup mengambil anda sebagai isterinya. Mengorbankan usia dan keringatnya untuk menyara keluarga. Mendamaikan jiwa ketika kesedihan. Ingatlah kegirangan yang ia bawa dalam hidup anda. Ingatlah bagaimana ia masih mampu tersenyum setiap kali ia pulang dari kerja walaupun ia telah kehilangan sebahagian tenaganya di tempat kerja. Ingatlah koceknya yang sering kosong kerana membeli keperluan anda dan anak-anak. Ingatkan semua itu sebelum terlintas di fikiran untuk meminta cerai.

Jika kebaikan pasangan tidak mampu meleraikan kekusutan hubungan, ingatlah pada anak-anak. Kalian mendambakan kehadiran mereka semenjak malam pertama perkahwinan. Hari kelahiran mereka merupakan sejarah besar keluarga yang membawa sejuta wangian kebahagiaan. Ia pelengkap kehidupan anda. Kehadirannya menjadikan anda memiliki status manusia yang sempurna. Anda sudah jadi individu, suami, bapa, isteri dan ibu. Ingatlah pada anak-anak anda sebelum mana-mana pihak berfikir untuk bercerai.

Perkahwinan dan keluarga yang dibina tidak sepatutnya berakhir di kantor mahkamah tetapi sewajibnya berkesudahan di kamar syurga. Allah S.W.T. menjanjikan orang-orang yang beriman akan tinggal bersama dengan ahli keluarganya di syurga. Firman Allah S.W.T.:

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ (21) وَأَمْدَدْنَاهُمْ بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ (22) يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا لَا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ (23) وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ (24) وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (25) قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (26) فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27) إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ (28)

(Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini. Di dalam syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tiada pula perbuatan dosa. Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan. Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka berkata, "Sesungguhnya kami dahulu sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)". Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka. Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang).

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ (23) سَلامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ ((24
(Syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salam sejahtera atas mu kerana kesabaranmu". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu).

Imam al-Qurtubi ketika memberi komentar tentang ayat 23 dalam Surah al-Ra'd berkata, "Sesungguhnya antara nikmat di syurga itu nanti, ialah dengan menghimpunkan ahli syurga dengan kerabatnya di dalam syurga". Imam Ibnu Kathir pula menyebut, "(orang mukmin) akan dihimpunkan bersama orang-orang yang ia sayangi termasuk ibu bapa, isteri-isteri dan anak-anaknya andainya mereka itu layak memasuki syurga di kalangan mereka yang beriman agar tenang perasaan mereka dengan kehadiran keluarganya sehingga ia diangkat dari darjat bawahan di syurga ke darjat paling atas sebagai anugerah dari Allah dan pemberian yang tidak ternilai tanpa dikurangi sedikit pun". Kata Said bin Jubair Apabila orang mukmin masuk syurga ia akan bertanya tentang ibu bapanya, anak-anaknya, di manakah mereka? Lalu dikatakan kepadanya, "Sesungguhnya mereka tidak mencapai tahapmu dalam melakukan amal kebaikan". Lalu ia berkata, "Sesungguhnya aku melakukan semua amalan itu untukku dan mereka". Lalu mereka pun digabungkan bersamanya dalam syurga pada darjat yang serupa.

Inilah impian tertinggi orang mukmin dalam berkeluarga. Impian untuk hidup sebumbung di syurga akhirat. Itulah hakikat cinta abadi bagi pasangan yang menjadikan Allah S.W.T. sebagai pusat kecintaan dan Rasul-Nya s.a.w. sebagai sumber ikutan mereka. Syurga yang menghimpunkan segala kenikmatan yang tidak pernah terlintas pun di pemikiran manusia. Itulah tempat tuju mereka. Bermula dari hari pertama perkahwinan, dikurniakan zuriat dan melayari kehidupan berkeluarga yang penuh pancaroba, kesudahan yang mereka harapkan ialah syurga dan nikmat syurga. Walaupun mungkin di dunia mereka terlepas banyak peluang kebahagiaan dan kesenangan…

Untuk itu, apabila anda menziarahi pasangan yang baru melangsungkan pernikahan mereka, jangan ucapkan "Selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu", tidak juga ucapan, "Selamat pengantin baru moga kekal ke akhir hayat", tapi ucapkanlah "Selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke syurga". Ucapan begitulah yang lebih bermakna.

Semoga kebahagiaan dan kerukunan yang dikecapi dalam keluarga, berterusan hingga ke akhirat. Tempat yang tiada lagi duka nestapa, tidak perlu lagi merajuk dan memujuk, tiada penat dan lesu, tiada sedih dan sepi. Yang ada cuma kebahagiaan yang kekal abadi. Allahumma Amin Ya Rabb al-Alamin.

December 11, 2009

Reflection

Seperti yang dijanjikan, reflection saya tentang kisah the weepers dalam post sebelum ni. Kisah ini merupakan salah satu daripada sebuah kisah yg menjadi sumber kekuatan pada diri saya. Ia mengajak saya untuk muhasabah diri banyak mana air mata yg telah saya tangiskan untuk memperjuangkan agama ini. Layakkah sebenarnya untuk saya gelar diri saya sebagai pejuang kepada agama ini (read: dai'e)? Melihatkan kepada kisah mereka ini yang mana mereka benar-benar merasa sedih apabila tidak dapat memberi sumbangan dalam perang Tabuk (asbabul nuzul ayat ini) lantaran mereka pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan bercucuran air mata. Apabila saya cuba meletakkan diri saya dalam keadaan itu, saya berfikir balik adakah saya akan bertindak sedemikian apabila berada dalam situasi yang sama atau sebaliknya (eg: "Yeay2 boleh balik rumah rehat-rehat, menghadap komputer, update facebook.." etc2).

Seorang penulis buku yang amat terkenal menyatakan bahawa perang Tabuk merupakan peperangan hanya utk menguji kesungguhan dan kemahuan semata-mata kerana kalau kita tengok balik sirah, perang ini akhirnya tidak terjadi pun. Para tentera pulang tanpa mengalirkan darah pun.Macam tu jugalah kebanyakan situasi yang boleh berlaku dalam hidup kita. Kadang-kadang ada orang minta tolong contohnya untuk hantarkan dia ke suatu tempat. Kita mungkin tak sudi untuk tolong tapi ada kawan lain pula yang tolong. Alih-alih, orang yang minta tolong tadi tak jadi pula ke tempat tu. Kawan yang sudi menolong tadi tetap dapat pahala walaupun akhirnya dia tak perlu buat apa-apa tapi kita yang awal-awal lagi tadi mengelak untuk tidak perlu menghantar orang tu tidak dapat apa-apa. Inilah yang dikatakan ujian terhadap kemahuan.

Allahualam. Sekadar sedikit perkongsian.

December 06, 2009

The Weepers

"Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi kenderaan, lalu kamu berkata 'Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu', lalu mereka kembali sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak mempunyai apa yang dapat mereka nafkahkan. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu, padahal mereka itu kaya. Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak ikut berperang dan Allah telah mengunci, mati hati mereka, maka mereka tidak mengetahui (akibat perbuatan mereka)." (At-Taubah: 92-93)

Pengajaran ayat:

1. Seorang mukmin yang menghayati tanggungjawabnya terhadap dakwah dan perjuangan di jalan Allah taala akan sentiasa berusaha untuk memberi sumbangan dan terlibat di dalam usaha tersebut, walau pun hakikatnya dia mempunyai keuzuran atau tidak berkemampuan.

2. Mukmin yang ikhlas terhadap perjuangan di jalan Allah swt akan menangis apabila terlepas peluang atau tidak diberi peluang untuk bersama dalam perjuangan.

3. Maka sikap yang sedemikian adalah tanda komitmen seseorang terhadap perjuangan dan menjadi ukurtara dalam pentarbiyahan untuk melahirkan pendakwah. Inilah sifat manusia yang telah mewakafkan dirinya untuk dakwah. Manusia yang hidupnya untuk dakwah dan dakwah hidup kerananya.

4. Sebaliknya, Allah taala mencela mereka yang sentiasa mencari keuzuran di jalan perjuangan. Mereka yang berterusan seperti ini telah diberi peringatan, menanggung risiko untuk dimatikan hatinya, sehingga ia akan terus selesa dan bergembira setiap kali mendapat alasan untuk dikecualikan dari tugas perjuangan di jalan ALlah taala.

5. Orang yangs entiasa mencari alasan dalam perjuangan adalah manusia yang hatinya sakit sehinga kalau pun ia mampu atau mempunyai keupayaan untuk memberi sumbangan, ia akan tetap mengelak dan melarikan diri.

*Sumber: a book owned by my beloved one. Reflection saya terhadap excerpt buku ni akan di update dalam post seterusnya insyaAllah.

November 19, 2009

Ajarkan aku erti ketabahan

Rasanya seperti sudah lama mahu berkongsi tentang kisah ketabahan ini tapi baru saat ini tangan tergerak untuk menaip. Sungguhlah tak sama medan berangan-angan itu dengan medan bercakap.. Lagilah tak sama medan bercakap dengan medan beramal... Boleh sambung lagi kepada sesiapa yang tahu quotation yang famous ni.

Baiklah..ajarkan aku tentang ketabahan.

Sangat banyak yang saya belajar tentang ketabahan ini dari seorang wanita. Melaluinya saya belajar tentang tidak mengadu domba (atau dalam bahasa inggerisnya = whining), melaluinya saya belajar tentang erti kepayahan hidup, kebergantungan yang teramat kepada Pencipta, berkeyakinan, redha dengan takdir, tidak bergantung harap kepada manusia, meneruskan hidup membesarkan anak-anak yang sedang berada pada peringkat tumbesaran yang sangat mencabar walau tanpa bantuan seorang lelaki bergelar suami juga keluarga terdekat.

Saya yakin, kisah kehidupan kecilnya sangat banyak membantu dalam membentuk dirinya menjadi insan setabah itu. Pernah hidup di zaman susah kedatangan tentera Jepun, harus menempuh perjalanan berkilo-kilo meter untuk ke sekolah menimba ilmu walau dalam apa jua keadaan pun, menumpang lori, naik teksi, jalan kaki etc etc...

Saat dia kehilangan suami, 3 dari 5 anaknya di universiti, seorang di sekolah menengah manakala yang terakhir masih belum mengenal erti persekolahan. Saat itu, walaupun banyak yang tidak saya tahu, saya pasti tersangat banyak kepayahan yang beliau alami. Ada saatnya beliau menangis tapi tidak pernah tertunjuk di hadapan anak-anaknya.. Kehidupannya sentiasa kelihatan tenang walau saya tahu terlalu banyak benda yang berlaku yang boleh membuatkan hatinya berkecamuk. Tapi seperti yang saya katakan tadi, jarang sekali rasa kecamuk itu tertunjuk.

Melaluinya, saya tidak tahu bagaimana seharusnya seorang wanita itu bergantung kepada insan bernama lelaki atau lebih layak lagi dikatakan mereka yang bergelar suami. Saat suaminya pergi menghadap Ilahi, bapanya sudah cukup tua untuk menolong anaknya ini. Adik beradiknya juga punya cerita-cerita sendiri. Akhirnya tinggallah beliau seorang diri untuk meneruskan kehidupan keluarganya yang ditinggalkan suaminya. Banyak yang saya perhati, cabaran demi cabaran yang dilalui mengajarkan saya banyak erti hidup yang telah saya perkatakan tadi.

Saya tak tahu apakah saya sudah cukup berbakti padanya tapi saya yakin, saya tidak akan pernah mampu untuk membalasi segala jerit payahnya. Malah saya akui saya masih banyak kelemahan diri yang terkadang banyak menyumbang kepada kesusahan hidupnya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah akan membalasi insan yang saya cintai ini dengan syurga. Kerana telah banyak kepayahan yang dilaluinya..ya Allah, izinkanlah syurga itu dihiasi untuk dia...

Beliau juga sering berpesan kepada anak-anaknya..Selalu doakan untuk bapa kerana dia sudah tiada. Makanya tiada apa lagi balasan secara fizikal yang mampu untuk diberi kepadanya. Hairan, seingat saya beliau tidak pernah meminta doa untuk dirinya sendiri tetapi sering menyuruh berdoa untuk suaminya.. Ya, mungkin itu salah satu bukti cintanya yang sentiasa ada, tidak pernah luput walau jasadnya sudah tiada..


*doa menarik yg saya jumpai setelah meng'google' doa untuk ibu bapa..

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

November 10, 2009

Rasa hati

Salam wbt

Hari ni saya nak berkongsi tentang rasa hati VS lapang dada. Apa yang saya maksudkan dari segi rasa hati dari sudut praktikalitinya ialah lebih kurang terasa hatilah untuk senang cerita. Lebih-lebih lagi kalau seseorang tu mempunya hati yg sensitif. Sesetengah yang lain mungkin panggil orang punyai hati yang halus atau lembut. Boleh juga panggil kecewa, tersinggung dan lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya.

Cukup sebagai mukaddimah, yang nak saya sampaikan di sini ialah bagaimana islam itu mengajar kita untuk berlapang dada dan mengembalikan segalanya kepada Allah yang Maha Kuasa. Maksudnya, kalau kita terasa hati disebabkan oleh perbuatan seseorang (tak kira sengaja atau tak), kita cepat-cepat muhasabah untuk hilangkan perasaan tu dan kawal amali kita. Ya, untuk berperasaan memang tak salah kerana hati itu Allah yang pegang dan segala rasa, Dia yang beri. Macamana rasa hati itu boleh jadi salah ialah apabila terzahirnya perbuatan yang salah. Contohnya, bila tersinggung, kita mula bermasam muka atau tidak berkata-kata dengan mereka yang menyinggung (boleh jadi juga yang menyinggung ni tak perasan pun kelakuannya menyebabkan orang terasa hati). Atau boleh jadi diambil tindakan yang jauh lebih extreme lagi yang boleh kita sama-sama fikirkan. Sampai ke tahap bunuh? Boleh jadi...

Kadang-kadang sangat banyak perkara yang membuatkan kita terasa hati. Membuatkan rasa nak menjerit, nak menangis, nak tumbuk dinding, nak mengadu pada orang lain semahu-mahunya etc etc etc.. you name it. Tapi bukankah lebih indah kalau rasa hati itu diceritakan pada yang Maha Memahami? Kadang-kadang kita cerita kat orang, orang tak faham. Silap-silap kalau cerita dekat orang yang dikatakan sort of 'not a good listener', kita pula yang dipersalahkan balik (memang kadang2 patut pun..tak semua benda kita je yang betul). Atau boleh jadi, ia melibatkan salah faham. Cuba fikir balik, siapa lagi yang lebih memahami keadaan kita kalau bukan si Dia yang menciptakan? Tak perlu cerita detail pun semua Dia tahu. Nak mengangis, menangislah sekuat-sekuatnya pada Dia. Tak perlu tahan malu pun muka jadi buruk waktu menangis tu (which kita mungkin kadang-kadang concern pasal ni kalau cerita masalah kat orang sampai tahap nak menangis). Alangkah indahnya dapat bermunajat di malam hari pada ketika orang ramai terlena, kita berdua-duaan dengan Dia mengadukan segala apa yang dirasa. Bagi sesiapa yang pernah merasakannya pasti akan selalu merindui saat-saat ini. Ibaratkan keadaan diri seperti keadaan Nabi Yaakub yang sungguh teruk diperlakukan oleh anak-anaknya selain Yusuf dan Bunyamin. "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku..." surah Yusuf: 86.

Ajarkan aku tentang keikhlasan.

Benar, kalau kita buat sesuatu dengan ikhlas, kita takkan jadi kesah pun kalau asyik kita je yang kena buat sesuatu benda. Ini satu tips yang saya nak kongsikan untuk melawan rasa hati. Bila fikir-fikir balik sebenarnya kita tak layak pun nak rasa hati kalau kita betul-betul niatkan segalanya kerana Allah. Takkan pernah timbul perasaan 'asyik-asyik aku je yang buat'. Kita buatkan tu kan bukan ke untuk dapat pahala? Bukannya buat sebab nak tunjukkan kat orang lain yang dia tu tak buat kerja. Fikir-fikir balik ikhlas ke tak sebenarnya kita.. Petanda-petanda ikhlas boleh juga jadi dalam bentuk tidak merungut. Merungut tak semestinya hanya berlaku di mulut tapi boleh juga jadi dengan bunyi hentak-hentakan pinggan, campak-campakkan barang, hempas-hempasan pintu etc etc... Atau paling tidak pun boleh jadi tak bercakap atau masam muka. Mungkin kita ingat itupun dah cukup baiklah tak cakap apa-apa tapi fikir-fikir balik, ikhlaskah kita? Kenapa sebenarnya kita buat macam tu?

Bagi yang memang pendiam tak suka untuk kongsi-kongsi perasaan, anda harus betul-betul jelas matlamat kenapa anda tidak mahu berkongsi. Adakah kerana anda hanya mahu berkongsi dengan si Dia yang Maha Tahu tadi atau anda memang malas nak bercakap dengan orang dan memendam segalanya sendiri? Jangan begitu, boleh jadi suatu hari anda meletup nanti. Cukuplah kalau kita benar-benar ikhlas hanya pada Allah segala rasa hati itu terluah, orang-orang sekeliling kita benar-benar takkan perasan yang kita sebenarnya terasa hati. Wajah masih ceria, mulut masih berkata-kata semanisnya, akhlak masih terpelihara. Jika tidak, lebih baiklah anda mengadu pada manusia daripada pendam perasaan sorang-sorang tak mahu cerita tapi anda buat perangai yang cukup untuk memahamkan manusia di keliling anda yang anda sedang dilanda masalah. Selain anda dapat membantu diri anda dengan sikap berterus-terang tu, anda juga akan dapat membantu mereka disekeliling anda tu untuk tidak bersangka buruk kepada anda. Em faham tak? Meh saya cuba reka satu situasi. Contohnya, anda sedang ada sangat banyak kerja sekolah yang cukup untuk menstresskan anda sebagai pelajar. Jika anda stress, anda tak mahu makan, tak mahu bercakap dengan orang, rasa macam takde masa nak layan orang lain dan yang sewaktu dengannya. Jika anda jenis yang memang tak suka berkongsi masalah dengan orang, dan hanya suka mengadu kepada Allah, anda akan tetap usaha sehabis baik untuk kelihatan ceria dan melayan orang sebaik mungkin. Tetapi jika anda taknak bercerita hanya kerana anda memang malas nak berkongsi, kestressan anda mungkin terzahir dengan kata-kata yang mungkin menyinggung perasaan orang atau dengan masam muka yang boleh membuatkan orang lain pula yg terasa 'eh aku ade buat salah ke?'. Mungkin jika anda berkeadaan begini adalah lebih baik untuk anda memberitahu orang situasi anda tersebut. Bukan nak mengharapkan orang membantu pun cuma sekadar untuk menerangkan kenapa anda berkelakuan begitu. Yelah, kadang-kadang stress tu membuatkan kita jadi bukan diri kita yang sebenar. Kita pun kadang-kadang tak sedar. So kat sini, penting jugalah orang-orang sekeliling untuk menasihati atau at least bertanya apa yang terjadi. Sekadar untuk melapangkan hati dari sangkaan-sangkaan yang bukan-bukan. Er make sense ke contoh ni? Tak faham boleh tanya. Malu tanya sesat jalan.

Satu kata-kata hikmah yang mungkin boleh kita renung-renungkan. Seorang mukmin itu meninggalkan segala kekusutan dan kesedihannya di dalam hati, hanya kegembiraan yang terpancar di wajah dan amalnya. Namun berbeza dengan munafik yang segala kekusutan dan kesediahannya dizahirkan tapi di dalam hatinya sebenarnya adalah kegembiraan.

Cukup sekadar ini. Mari muhasabah.

October 22, 2009

Kembali Lagi

Setelah lebih setahun kelupaan akan password utk blog ni, saya bercita-cita utk menulis kembali. Harapnya tidak le hanya tinggal angan-angan. Harapan juge mahu belajar lebih maju dalam bidang mendesign blog ni supaya lebih sedap mata memandang.

October 18, 2009

Ditulis kira-kira setahun yg lalu

Sedikit perkongsian hasil dari penelaahan selama 4 jam bab 15 muntalaq. Moga bermanfaat.

.....Itulah jalan tarbiyyah. Suatu perjalanan yg sukar, jauh dan lambat. Kita mungkin ditinggalkan oleh jahiliyyah seketika dalam pertandingan ini.sebahagian dari kita mungkin gugur dan sebahagian dari habuan terlepas dari kita. Namun itulah jalan yg aman, teguh dan terjamin.

Mungkin sebahagian manusia berpendapat bahawa jalan lambat ini tidak akan melatih da'ie utk berkorban. Mereka juga menyagka bahawa kita melupai prinsip pengorbanan dari pertimbangan kita. Sebenarnya itu tidak benar. Sesungguhnya pengorbanan itu dituntut dan perlu, tetapi mesti kena pada waktunya. Ia tidak boleh di buat-buat. Sebaik-baik daie ialah daie yg menanam benih tadhiyyah di dalam jiwa saudaranya mulai dari sekarang.

.....Sebenarnya terdapat ramai daie islam di setiap tempat yg menyerahkan dirinya kpd dakwah dan daie islam. Tetapi FIQH HARAKI inilah yg kurang pd mereka. Sekiranya kita mengajar mereka utk memenatkan dan mengorbankan diri, sabar berjaga malam dan bengkok belakang utk mempelajari fiqh ini, nescaya ramai dikalangan mereka yg mempunyai kesediaan akan sedar dan dapat menutup ruang yg kosong dan menggantikan orang-orang yg lemah.

Sesungguhnya antara kelemahan yg paling nyata dari harakah islam lalu ialah kurangnya aktiviti mentakwin priority2 bg kesedaran haraki dan fiqh dakwah. Mereka terlampau meleret-leret membentangkan sistem-sistem dan cabang-cabangnya. Hingga kita dapati begitu ramai mereka yg mengikut dakwah tetapi kurang menghasilkan produk dan tidak banyak mengubah realiti dalam kadar yg kita bayangkan. Ini semua kerana ketiadaan seni kerja dan usul amal jamaie dari mereka.

Semoga Allah mengurniakan kita nikmat faham.Allahualam.

August 11, 2006

SYAHADATUL HAQ

*EXTRACTION FROM FI ZILALIL QURAN-SURAH AL IKHLAS

...Pembebasan diri dengan bertapa di rumah-rumah ibadat merupakan
satu perkara yang mudah, tetapi Islam tidak mahu cara itu, kerana tugas
menegakkan khilafah di bumi dan tugas memimpin umat manusia
merupakan sebahagian daripada sistem agama Allah untuk pembebasan
manusia. Ia merupakan satu cara yang amat sukar, tetapi itulah satu-satunya
cara yang dapat menegakkan insaniyah manusia dan menjamin kemenangan
tiupan roh yang luhur dalam dirinya...

July 10, 2006

A REMINDER FOR MYSELF

Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya
segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia
mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya;
terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah; dan
sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah
sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa
segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan
ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam
yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali
sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa
lemah dari menjalankan tugas dan kewajipan kelslamannya sesuatu ketika, nescaya
dia merasa bersalah dan berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia
perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha
sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.

Di sana juga terdapat pemisahan perasaan sepenuhnya di antara zaman
lampau seseorang Muslim dalam keadaan jahiliyahnya dahulu dan zaman barunya
di dalam Islam, yang akan menimbulkan pula pemisahan secara menyuluruh dalam
segenap hubungannya dengan masyarakat jahiliyah. Dia berputus arang berkerat
rotan dengan tata hidup masyarakat jahiliyah dahulu dan berhubungan langsung
selama-lamanya dengan masyarakat Islam; walaupun kelihatan pada lahirnya dia
sering berhubungan dengan orang-orang musyrik di dalam lapangan perdagangan
dan pergaulan hidup seharian, tetapi perpisahan perasaan dan pergaulan hidup
seharian adalah dua hal yang berlainan dan berbeza sekali.
Di sana ada semacam pemisahan lagi, iaitu perpisahan suasana jahiliyah
dalam kebiasaan dan pandangannya, adat resam dan hal-hal yang berkaitan
dengannya, yang timbul dari pemisahan syirik ke akidah tauhid, dari konsep
jahiliyah ke konsep Islam mengenai masalah hakikat hidup dan hakikat wujud; juga
timbul dari percantumannya dengan perkumpulan dan organisasi Islam yang baru,
di bawah pimpinan baru, dan sikap memberi segenap perhatian, kepatuhan dan kesetiaan kepada masyarakat, perkumpulan dan organisasi baru di bawah pimpinan
baru itu.

Inilah dia persimpangan jalan dan permulaan langkah di jalan baru, langkah
yang bebas merdeka dari segala tekanan adat resam yang dipatuhi sepenuhnya oleh
masyarakat jahiliyah dan segala nilai yang menjadi kebiasaannya. Di sana tiada
risiko yang akan ditempuh selain dari ujian dan penderitaan, namun demikian dia
secara otomatis telah bertekad tegas dan bulat untuk tidak akan kembali lagi kepada
sebarang bentuk jahiliyah, kepada tekanan dan kebiasaan jahiliyah buat selamalamanya.

-SQ-

June 17, 2006

KELIRU

Ya Allah,
Aku keliru
Dengan keberadaan aku di jalan ini
Makin dekatkah aku padaMu
Atau makin jauhkah aku dariMu?
Benarkah jahilliyah telah berjaya aku tinggalkan
Atau semakin banyak berkumpul dalam diri?
Banggakah aku dengan perubahan diriku?
Dengan berjayanya menghafaz banyak
Dengan popularnya di kalangan adik-adik
Dengan berjayanya mengubah penampilan
Dengan berjayanya bangun malam
Dengan banyaknya kerja yang aku buat
Sedangkan aku tidak tahu apakah Engkau redha atau tidak
Sedangkan aku tidak tahu apakah Engkau terima atau tidak

Ya Allah,
Sungguh aku tak layak ke syurgaMu
Namun tak mampu pula untuk aku tanggung siksa nerakaMu
Oleh itu ampunkanlah aku
Terimalah amalanku
Ikhlaskan hatiku
Sucikan ia
Seperti sucinya hati-hati mereka yang telah Engkau sucikan
Tetapkanlah aku di dalam agamaMu
Agar aku tidak tergolong dikalangan orang-orang yang rugi kelak

February 21, 2006

Ketika lepas bebas di alam remaja,

Impian ku tidak mengenal batasan,

Aku ingin MENGUBAH DUNIA.

Bila usia meningkat dewasa ,

Aku semakin matang,

Ku sedari rupanya dunia tidak akan berubah,

Lalu aku bataskan jangkauan ,

Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA.

Namun ini juga tidak kesampaian.

Di usia senja ,

pilihan terakhir ku Ialah untuk MENGUBAH KELUARGA,

Dan mereka yang terdekat,

Malangnya mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini ,

di perbaringan menanti maut,

baru kusedari,

andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI,

Dengan menunjukkan teladan yang baik,

Pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA,

Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,

Aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA.

Dan siapa tahu ...mungkin aku juga akan mampu MENGUBAH DUNIA..

*copied from www.alfaiqah.blogspot.com

February 19, 2006

Interesting facts that I learnt from a teacher called life:

“Dia tu dulu liar. Nyaris-nyaris tak clubbing je. Alih-alih balik dari oversea, pakai tudung labuh.”

“Dulu dia sekolah agama. Pergi oversea jadi gay.”


Pengajaran yg ana dapat:

1) Hidayah milik Allah. Dia boleh bagi dekat sesiapa jua yg dikehendaki. Dia boleh tarik juga dari sesiapa jua yg dikehendaki.

2) Kita tak tahu kita mati nanti dlm keadaan apa. Semoga kita terus diberi hidayah dan husnul khotimah (pengakhiran yg baik).

3) Ada apa dgn sekolah? Ilmu tanpa amal tak guna.

February 12, 2006

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
dengan kain kapan yang serba putih
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih

selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai
lalu dilaksanakan solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu salam
berserta fatihah, Selawat dan Dosa
bagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu
dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat
Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahaD
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

iringin dirimu ke masjidsebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah Dosa-Dosamu di duniakerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu diTalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang Pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu di diistighfarkan
Namun ketika itu Istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta nikmati rezeki Tuhan
Justeru bila merayu, sambutlah seruan-Nya
Sebelum dia memanggilmu buat kali yang terakhir

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

***************************************************

sajak yg selalu dimainkan di IKIM.fm

February 10, 2006

WALLAHUALAM...

Lokasi: depan pejabat JPJ
Situasi: beberapa orang manusia masuk ke dalam pejabat melalui pintu yg tertera tulisan “DILARANG MASUK. SILA GUNA PINTU HADAPAN”

Cik Pah: Ish ni la dia org kita.kan da tulis dilarang masuk tu.pintu tu jugak yg dia sibuk nak guna.kan dah susah org nak keluar ni..salah siape ni?mak bapak ke cikgu2 kat skolah?

Cik Yah: Ala tu la namenye manusia..yg dilarang tu la nak buat.xde sivik minded.

Cik Pah: Kenape kalau org putih kat amerika tu lagi berbudi bahasa,lagi ade sivik?manusia jugak diorang tu.

Cik Yah: Ala diorang tu asal dari bangsa yg bertamadun.nenek moyang dia dulu dah memang bertamadun.

Cik Pah: hish kamu ni. Kita dulu pun bertamadun ape.kalau nak ikutkan melayu tu,memang xdela..mane ade tamadun melayu.tak pernah dengar pun.tapi kitakan islam.dan,tamadun islam tu lah yg pernah memegang tampuk pemerintahan dunia.menjadi sejarah pemegang yg paling lama pulak tu…tapi sekarang dah jatuh..semenjak 1924….

****************************************************************************

Yup,dalam sejarah dunia,tamadun islamlah yg kekal paling lama.semenjak zaman Rasulullah sampailah ke kerajaan turki othmaniyah.kerajaan turki othmaniyah yg dijatuhkan oleh org islam sendiri hasil drpd rancangan kafir laknatullah yg begitu hebat.mustafa kamal at-tartuk,nama yg cukup terkutuk sekali…dulu masa kat sekolah kita belajar dia ni bapa permodenan turki..huh konon.tengoklah betapa musuh-musuh islam ni berjaya mengalahkan kita sampaikan apa yang kita belajar kat sekolah pun diorang boleh manipulate..kenapa tokoh2 macam tok janggut yang dibunuh, yang kena penjara, kena buang negeri?kenapa bukan dato onn jaafar ataupun tunku abd rahman?in my opinion,satu jawapan yg dapat ana fikirkan ialah tokoh macam tok janggut tu bukan memperjuangkan bangsa tetapi yg lebih penting dari itu iaitu agama, akidah kita.perasan tak, masa ‘bapa kemerdekaan’ kita melaungkan slogan MERDEKA tu, ada sorang wakil mane tah, british ke mane tah, yang pastinya mat saleh la kan, duduk kat sebelah ‘bapa kemerdekaan’ tu.logik ke tak, kalau kita dah susah2 jajah negara tu, lepas tu kita boleh duk relax je tengok depa buat sambutan kemerdekaan.MERDEKA ke tak sebenarnya kita ni?merdeka apa kalau hidup berkiblatkan barat, kafir2 tu.ekonomi pun bergantung pada diorang samnpaikan nak boikot barang2 org yang hina nabi kita,yg bunuh saudara2 kita kat palestin tu pun tak boleh.sheikh ahmad yasin tu sampai putus2 kepala nak lawan Israel tu tapi kita?nak suruh boikot pun susah.tak beli hp nokia,tak makan kfc,tak minum milo, huh tak putus anak tekak pun..mungkinlah paling2 teruk pun putus selera.tapi taklah sampai mati kan?to me,hanya islam yg memerdekakan kita.islam yg merdekakan kita dari hidup zaman gelap,zaman jahilliyah…

Wallahualam…

January 30, 2006

CINTA ENTA-ENTI

"Cinta Anta dan Anti "
oleh Maszlee Malik
(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang seringdibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah.Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".

Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.

Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.

Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.
******************************************************
peringatan utk ana dan juga da'ie-da'ie yg lain...macam ada satu hadith tu yang ana tak ingat the full hadith (maaf) berbunyi lebih kurang macam ni mengikut apa yang ana faham: "apa yang kutakuti ialah kesalahan2 yang dilakukan oleh orang2 yang soleh..." kalau ada sesiapa yang tahu hadith ni fully, tolong bagitahu ana..jazakallah

January 25, 2006

"Ku putuskan persahabatanku dengan mu.."

this interesting story is copied from www.alefsatu.blogspot.com

Sewaktu saya kecil, arwah datuk saya sering menceritakan kisah-kisah waliyullah kepada kami adik beradik. Antara kisah yang diceritakan yang masih basah dalam ingatan saya ialah kisah antara Sheikh Hassan Al Basri dan Khalifah Harun Al Rashid. Jadi saya ingin mengambil kesempatan di subuh yang berkat ini, untuk mengigatkan diri saya iktibar di sebalik kisah ini, serta berkongsi dengan saudara dan saudari. Semoga ianya dapat menjadikan kita insan yang lebih baik hari ini dan hari hari yang mendatang, berbanding hari-hari kita yang sudah berlalu.

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana. Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.Sekian.Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,Harun,Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu Sekian, Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ.

Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikiut tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.

=======================================================

NOTA : Ini adalah teks Kuliah Subuh anjuran Al Ansar International Foundation untuk para jemaah Haji yang disampaikan oleh Dr. Nik Muhammad Helmi (Trustee of the Foundation)

January 23, 2006

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

got this from email as well..again, jazakillah to the sender...
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkansesuatu kepadamurid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya adakapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya adakapur, di tangan kananada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, makaberserulah "Kapur!", jikasaya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guruberganti-gantianmengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakinlama semakincepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baiksekarangperhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah"Pemadam!", jika sayaangkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dandiulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dansangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dantidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang gurutersenyum kepadamurid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umatIslam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itubathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namunkemudian, musuh musuh kita memaksakankepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkansesuatu, dari yang haqmenjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkinakan sukar bagi kitamenerima hal tersebut, tapi kerana terusdisosialisasikan dengan cara-caramenarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akanterbiasa dengan halitu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatuyang pelik, Zinatidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanparasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaandan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalahbiasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup danlain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, andasedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dankemaksiatan. Paham?" tanyaGuru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengahkarpet. Sekarang andaberdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimanacaranya mengambilQur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatifdengan tongkat,danlain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,digulungnya karpet, dania ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijakkarpet."Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuhIslam tidak akanmemijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihinadihadapanmereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir,sehingga anda tidak sadar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, makadibina tapak yangkuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akandikeluarkan dulu.kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, barurumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dariperangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid-murid."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "BegitulahIslam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidakakan sedar, akhirnyahancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,mereka akan bangkitserentak, baru mereka akan sadar"."Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kaliini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinarterik takalaanak-anakitu keluar meninggalkan tempat belajar mereka denganpikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAHMEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGAKITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSADAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJAKESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGADIRI!!JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPUBERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI,SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARUKESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBATTAPI KITA SUDAHTERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YGDIALAMI.YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM, SELAMATKAN AQIDAHMEREKA WALAU DI MANA MEREKA BERADA amin.

January 18, 2006

*got this from an email..jazakillah to the sender

SATAN'S MEETING:
(Read even if you're busy)

Satan called a worldwide convention of demons. In his opening address he said,

"We can't keep Muslims from going to Mosque."

"We can't keep them from reading their Quran and knowing the truth."

"We can't even keep them from forming an intimate relationship with their Allah and his messenger Muhammad."

"Once they gain that connection with Allah, our power over them isbroken."

"So let them go to their Mosques; let them have their covered dish dinners, BUT steal their time, so they don't have time to develop arelationship with Allah and his messnger Muhammad."

"This is what I want you to do," said the devil

"Distract t! hem from gaining hold of their Allah and maintaining that vital connection throughout their day!"

"How shall we do this?" his demons shouted.

"Keep them busy in the non-essentials of life and invent innumerableschemes to occupy their minds," he answered.

"Tempt them to spend, spend, spend, and borrow, borrow, borrow."

"Persuade the wives to go to work for long hours and the husbands towork6-7 days each week, 10-12 hours a day, so they can afford their empty lifestyles."

"Keep them from spending time with their children. As their families fragment, soon, their homes will offer no escapefrom the pressures of work!"

"Over-stimulate their minds so that they cannot hear that still, small voice."

"Entice them to play the radio or cassette player whenever theydrive."

"To keep the TV, VCR, CDs and their PCs going constantly in their home andsee to it that every store and restaurant in the world plays music constantly."

"This will jam their minds and break that union with Allah and hismessenger Muhammad."

"Fill the coffee tables with magazines and newspapers."

"Pound their minds with the news 24 hours a day."

"Invade their driving moments with billboards."

"Flood their mailboxes with junk mail, mail order catalogs,sweepstakes, and every kind of newsletter and promotional offeringfree products, services and false hopes."

"Keep skinny, beautiful models on the magazines and TV so theirhusbands will believe that outward beauty is what's important, and they'll become dissatisfied with their wives. "

"Keep the wives too tired to love their husbands at night."

Give them headaches too!

"If they don't give their husbands the love the y need, they will beginto look elsewhere."

"That will fragment their families quickly!"

"Give them story books to distract them from teaching their children the real meaning of Salat."

"Keep them too busy to go out in nature and reflect on Allah'screation.Send them to amusement parks, sporting events, plays, concerts, andmovies instead.

"Keep them busy, busy, busy!"

"And when they meet for spiritual fellowship, involve them in gossipand small talk so that they leave with troubled consciences."

"Crowd their lives with so many good causes they have no time to seek power from Allah."

"Soon they will be working in their own strength, sacrificing theirhealth and family for the good of the cause."

"It will work!" "It will work!"

It was quite a plan!The demons went eagerly to their assignments causing Muslims everywhere to get busier and more rushed, going here and there.Having little time for their Allah or their families. Having no time to tell others about the power of Allah and hismessenger Muhammad to change lives.I guess the question is, has the devil been successful in his schemes?

You be the judge!!!!!

Does "BUSY" mean:

B-eing
U-nder
S-atan's
Y-oke?

wallahualam....

January 17, 2006

KNOWLEDGE FOR TODAY

bismillahirrahmanirrahim...

em this is what i've learnt during the kuliah held in surau just now...insyaAllah it would be so useful for us to 'sahihkan' our ibadah..roughly, ini apa yg ana faham dari apa yg ustaz tu terangkan:

CARA SOLAT YANG SEMPURNA

1) prepare untuk solat ie lupakan segala-gala benda yang lain.bersih dari hadas, bersih pakaian serta tempat.hadirkan hati hanya pada Allah..(alaa macam kita prepare utk nak kerja selepas cuti 2 minggu.ada orang kalau dah balik kampung selama cuti tu,mesti nak rehat di rumah sehari atau semalam dahulu sebelum bekerja keesokkan harinya utk dapatkan mood nak bekerja tu.tapi tu utk mengadap bos sementara.ni kita nak mengadap BOS yg sebenar nih..BOS sepanjang hidup dan mati kita.so kenalah jugak bersedia kan?ustaz tu cakap, solat ni merupakan doa.kan dalam solat tu kita ada doa,mintak macam-macam.contohnya dalam surah al-fatihah ayat ke-6.yang tu yang paling ketara sekali lah.so,bila kita nak meminta ni,lebih afdal kalo kita minta ramai-ramai ie berjemaah.lagipun kalau berjemaah ni kan dapat lebih banyak ganjaran? 27 kali ganda insyaAllah...solat jemaah ni pun sangat ditekankan oleh kekasih kita, Rasulullah saw.

2) menghadap kiblat jika berada dalam keadaan aman (ie bukan dalam peperangan atau dalam keadaan di mana kita tak tahu kat mana arah kiblat.contoh tempat: penjara amerika)

3) berdiri tegak dengan kedua belah kaki dijarakkan lebih kurang sejengkal (maknanya kita berdiri dengan selesalah tu)

4) baca an-nas (utk minta kita supaya dilindungi dari gangguan syaitan.maklumlah,syaitan ni kan dah janji dgn Allah akan sesatkan anak adam till the day of judgement.so,masa solat ni pun dia nak kacau.kacau dengan penyakit was-was lah,perkara-perkara dunia lah..time tu la nak dok ingat apa nak buat lepas ni lah apa lah.so,solat kita jadi tak khusyuk.sbb ni jugaklah kita digalakkan berjemaah.so that kita boleh kongsi kekhusyukkan tu dengan org lain.lagipun kan serigala [read:syaitan] tu lebih senang attack kambing [read:kita] yang tengah dok sorang-sorang.solat berjemaah ni sangat ditekankan sampaikan katakanlah,kita lebih khusyuk sembahyang sorang-sorang berbanding berjemaah,lebih digalakkan berjemaah itu sendiri.lagipun, 27 compared to 1, takkan tak boleh fikir sendiri kan?nak-nak bagi yang lelaki tu.lebih digalakkan berjemaah di surau atau di masjid.ustaz kata,kadang-kadang kalau kita solat sorang-sorang ni,kita lebih vulnerable.solat seolah-olah hanya sebagi pelepas tanggungjawab saja katanya)

5) iqamat

6) takbirratulihram sambil berniat di dalam hati (ustaz kata,semacam kita berihramlah.kita kena elakkan dari melakukan perkara-perkara yg boleh membatalkan solat semacamana kita menjaga pantang larang berihram.tak apa kalau kita takbir hanya sekadar melafazkan Allahuakbar itu pun dah mencukupi iaitu tidak mengakat tangan.masih sah tapi lebih baik angkatlah kalau tidak ada halangan.bagi yang lelaki,angkat sehingga ibu jari seakan-akan menyentuh cuping telinga.niat tu pula cukup sekadar gambaran.masih sah jika tidak melafazkan sepenuhnya.jangan risau dok takbir sampai 3,4 kali sebab nak baca niat tu satu-satu.islam ni mudah,tak menyusahkan kata ustaz.teringat suatu ketika dulu ustazah ada cakap yang niat ni apa yang terlintas dalam hati.tak dilafazkan pun tak apa.Allah itu kan Maha Mengetahui.Dia tahu apa-apa yang tersembunyi dalam hati kita.contohnya kalau kita sembahyang zohor tu,kita tahulah kan yang zohor tu solatnya 4 rakaat,dikerjakan dalam waktu zohor..so,tak perlulah nak lafazkan satu-satu..yang penting,apa yang kita lakukan itu kerana Allah swt semata-mata)

7) wajah ditundukkan seakan-akan mata menghala ke tempat sujud

8) letak telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri di antara pusat dan dada (kalau tak buat pun sah juga cuma lebih sempurna kalau buat kata ustaz)

9) baca doa iftitah (pengakuan dimana kita bukan dikalangan kaum musyrik)

10) baca al fatihah dimulakan dengan a'uzubillahiminasyaitanirrajim..

11) baca surah-surah lain (digalakkan pada waktu subuh baca surah-surah yang panjang seperti al-hujurat atau yg setara dengannya, di waktu zohor,asar dan isya' dibaca surah-surah yang sederhana seperti al-buruj atau at-tariq atau yang setara dengannya dan bagi maghrib pula surah-surah yang pendek seperti al-kafirun atau al-adiyat atau yg setara dengannya.)

12) rukuk sambil membaca subhanarabi'al'azimiwabihamdih (kedua-dua telapak tangan diletakkan diatas lutut selaras dengan peha.jari jemari direnggangkan memegang lutut.bacaan itu boleh dibaca sebanyak 3,7,9 atau 11 kali.kalau sembahyang sorang-sorang bolehlah dilebihkan tapi kalau menjadi iman,dibolehkan jika makmum redha.maklumlah takut ada makmum yang kat belakang tu sakit lutut kata ustaz.)

13) mengangkat tangan sambil tegak kembali sambil mengucapkan samiallahuliman hamidah dan rabbanawalakalhamd apabila sudah lurus tegak

14) sujud sambil membaca subhanarabi'al'alawabihamdih (jatuhkan lutut dahulu diikuti dengan telapak tangan dan juga dahi serta hidung.pastikan lengan tidak diletakkan selaras di atas tempat sujud.hanya telapak tangan yang diletakkan.bagi yang lelaki,afdal didepangkan siku dan dirapatkan ke badan bagi yang perempuan)

*em sampai situ je yang sempat belajar tadi sebab dah masuk waktu.anyway,cara-cara diatas bukanlah syarat sah solat cuma cara-cara solat yg sempurna seperti mana yang diamalkan ulama' terdahulu kata ustaz.kita ni banyak mengambil mudah je katanya..semoga amal ibadah kita diterima Allah swt.takut kalau-kalau kita sibuk solat tapi nanti diakhirat tengok-tengok solat kita tidak diterima..nauzubillah.semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya ke atas kita semua.wallahualam

January 16, 2006

AKU IZZAH...

Hangat titisan air mata masih lagi terasa membasahi pipi.. Tak henti-henti lagi sejak dari tadi. Bilalah baru aku boleh terima kenyataan ni? Peliklah aku ni..Lulus, nangis, kalau gagal? Lagilah meraung agaknya..Isk dasar manusia yang tak bersyukur aku ni. Keputusan peperiksaan yang menyatakan aku lulus dan layak menyambungkan pelajaran, dah seminggu keluar. Tapi aku? Masih lagi begini menangis kesedihan.. Bukan aku sedih kerana dapat melanjutkan pelajaran tapi aku sedih kerana tempat untuk aku melanjutkan pelajaran itu bukan tempat yang aku mahu! Tak pernah terlintas pun di fikiran aku untuk belajar di luar negara walau sekelumit pun...

Cis, semua ni Zahar punya pasal lah! Kalau bukan kerana dia, mesti aku akan meneruskan pembelajaran aku di UTM dalam tahun asas jurusan kejuruteraan awam dua tahun lalu. Jika keputusan baik, aku boleh terus melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di mana-mana universiti dalam negara yang memberikan tawaran. Kenapalah dia mesti mengekori dan terus menganggu hidupku? Aku ingatkan lepas sekolah bayangannya boleh terus lenyap dari hidupku. Tak sangka pula dia pun dapat tawaran membuat kos tahun asas di UTM itu sama dengan aku. Menyesal aku berboyfriendkan dia masa kat sekolah dulu. Manalah aku tahu yang dia tu gila. Dia yang lupakan aku lepas tamat SPM dulu. Lepas 3 bulan menyepikan diri tanpa khabar berita meninggalkan aku keseorangan menagih simpati darinya, ada hati pula nak kan aku balik bila berjumpa kembali di UTM. Cis! Disebabkan oleh ingin melarikan diri dari dialah aku terima tawaran untuk membuat kos persediaan ke luar negara di Kolej KL. Kalaulah bukan kerana dia, sudah pasti pembelajaran aku di UTM dulu tidak akan terganggu...

“Isk macam mana caranya nak hidup kat negara orang ni? Siapa nak jaga aku? Macam mana dengan Daniel? Daniel? Ha’ah Daniel buah hatiku!” Hatiku mengeluh sendirian sambil manik-manik air mata semakin deras membasahi pipi. Terus aku terfikirkan tentang lelaki sejati yang berjaya membuka kembali pintu hatiku yang telah tertutup untuk lelaki setelah dipermainkan Zahar. Suka-suka hati je. Bila tak nak, kita dibuang. Bila nak, dicarinya kembali. Bila tak dapat, di usahakannya juga semacam orang gila.

Luahan hati Daniel 3 bulan lalu berjaya mencairkan hatiku..Betul lah orang kata yang perempuan ni lembut hati. Ala, baru je 3 bulan kami couple..Takkan nak kene berpisah pula. Isk akan lupakah dia nanti padaku jika kami lama tak jumpa? Akan cari yang lain kah dia? Isk tak nak! “Oh Tuhan, kenapalah Daniel tak dapat ke luar negara bersama dengan aku? Kenapa mesti dia tolak tawaran tu?” Ya, Daniel anak yang baik. Dengan penuh rasa tanggungjawab dia menolak tawaran itu semata-mata kerana ingin menjaga bapanya yang uzur dan adik perempuannya pula masih belajar. Penyakit gout bapanya yang baru dikesan setahun yang lepas semakin menjadi-jadi. Itulah yang merisaukannya. Tambahan pula, dia ketandusan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya pergi menghadap Ilahi ketika melahirkan adiknya. Ketika itu, umurnya baru sahaja mencecah 3 tahun. Jadi, ayahnya lah yang menjadi ibu dan ayah kepada mereka dua beradik sejak dari itu. Ah, kasihan Daniel...

********************************************

“Izzah, buatlah checklist. Check semua barang dah ada ke belum.”
“Baik ma..” aku menjawab ringkas di atas arahan mama itu.. “Ma, Izzah tak nak pergi ma..Izzah tak nak belajar kat luar negara. Tempat asing yang Izzah tak tau macam mana kehidupannya. Tempat yang di dominasi oleh orang kafir ma..Dekat Malaysia ni, mama dan abah ada. Boleh jaga Izzah dari bergaul dengan budak-budak yang tah apa-apa tu. Izzah tak tau apa yang akan terjadi pada Izzah nanti!” Kalaulah aku mampu meluahkannya.... Aku teringat suatu ketika dahulu, mama melarangku dari berkawan dengan Mas kerana melihatkan pakaiannya yang terlalu seksi dan rambutnya yang diblonde. Walaupun kami boleh dikatakan sebagai sebuah keluarga yang agak berada, namun batas-batas agama tetap dititikberatkan. Solat lima waktu, amat abah dan mama tekankan kepentingannya.
Kasihan pula pada mama dan abah nanti. Aku tak nak menyusahkan mereka. Walaupun aku tahu yang abah mampu untuk menanggung pelajaranku walau tanpa bantuan biasiswa sekali pun, aku tetap tak mahu menyusahkan mama dan abah. Akulah satu-satunya harapan mereka. Telah banyak wang yang digunakan untuk membiayai penghidupanku sepanjang sembilan belas tahun ini. Cukuplah..Biarlah aku kurangkan sedikit beban mereka. Menyedari air mataku bertakung lagi, aku bingkas bangun meninggalkan mama dan abah menonton diari Akademi Fantasia, rancangan kegemaranku. Mereka agak terpinga namun membiarkan aku berlalu pergi. Mungkin pada fikiran mereka, aku teringatkan sesuatu untuk ditambahkan ke dalam checklistku.

Kuhempaskan diri di atas tilam yang empuk sambil ditemani oleh Danny, teddy bear besar pemberian Danniel sempena harijadiku yang ke-19 sebulan yang lalu. Danny pula ditemani oleh beberapa lagi teddy bear-teddy bear lain yang dibeli oleh mama dan abah yang sememangnya mengetahui kegemaranku. “Ish cukuplah tu Izzah!! Sampai bila baru kau boleh terima kenyataan ni?!” bentak hatiku.. Aku dah tak tahan dengan sikapku yang masih belum boleh menerima kenyataan ini. “Tettt..tettt...” Isk harap-harap mesej dari Daniel.. “Izzah...jangan tinggalkan Daniel.How could I live without you by my side dear?” Berderai takungan air mata yang ku tahan sedari tadi. “Izzah pun tak mahu pergi but I have no choice....” kubalas ringkas, tak mampu untuk berfikir lagi.

*********************************************

“Izzah, jaga diri elok-elok di tempat orang nanti ye. Izzah seorang anak mama dan abah. Jangan hampakan kami. Kami sayangkan Izzah.”
“Betul tu Izzah..Abah sayangkan Izzah. Kalau ada ape-ape, tak cukup duit ke, bagitau je kat abah tau. Nanti abah telefon Izzah every weekend.”
Pesan mama dan abah masa menikmati hidangan makanan di Mc D sementara menunggu waktu untuk aku berlepas dalam 2 jam lagi. Entah mengapa Filet-O-Fish dan Chocolate Sundae kegemaranku, tidak kelihatan menyelerakan seperti selalu. Hanya sedikit yang mampu aku jamah. Selebihnya aku tolak kepada abah untuk habiskan. Itulah rutin biasa kalau aku tak mampu untuk habiskan makanan di meja makan. Tapi selalunya, abah yang ambil sendiri jika dia nampak aku dah habis makan tapi makanan masih berbaki. Namun kali ini, aku pula yang mendahuluinya.

“Tettt..tettt...”. “Izzah, can we meet? Kejap je. Daniel dekat luar ni. Betul-betul kat depan pintu masuk Mc D.” Perhubungan kami dirahsiakan. Ini atas permintaanku. Aku takut abah marah jika dia tahu. Maklumlah, pergaulan dengan lelaki juga terbatas. Mama dan abah tak suka jika tahu aku berkawan rapat dengan lelaki. Tapi, biasalah. Mana tahan tengok kawan-kawan seangkatan hampir semuanya berpunya. Lagipun, bukannya aku layan semua lelaki yang cuba menagih kasih aku. Aku pandai memilih sebagaimana yang telah dididik oleh mama dan abah dalam memilih kawan. Heh tapi dalam bab ni, taklah aku minta pandangan mereka. Mahu kena marah nanti. Pandai-pandai manipulasi ilmu memilih kawan tu dalam memilih pasangan, cukuplah kan.

“Izzah!” Aku terkejut apabila tanganku ditaut dari belakang. Inilah kali pertama tanganku dipegang oleh insan yang bernama lelaki selain abah. Ya, Daniel lah lelaki pertama itu. Aku terdiam seribu bahasa. “Daniel nak Izzah tahu yang Daniel sayangkan Izzah lebih dari diri Daniel sendiri. Daniel tahu yang Izzah tak mampu untuk tidak pergi jauh dari Daniel. That’s why I’m here. To see you flying far away from me. One thing that I want you to know, I’ll be waiting for you...” Dengan pantas aku menarik tanganku dan mengalihkan pandanganku yang berkaca jauh dari wajahnya. Mungkin dia faham. Lantas dia menghulurkan kepadaku sekalung beg kertas yang berisi. “Thanks Daniel.” Hanya itu yang mampu aku ungkapkan di saat itu lalu aku melihatnya berlalu pergi. Ku kesat air mata yang mula mengalir lalu masuk ke dalam Mc D mencari mama dan abah yang duduk di meja di sebalik tiang besar itu. Dari kedudukan itu, mustahil mereka dapat melihat adegan aku dan Daniel tadi.

“Aik pergi toilet tangan kosong, balik dengan paper bag pulak?” Tanya mama kehairanan.
“Takde, tadi lepas ke toilet Izzah beli something untuk buat mengunyah masa dalam flight nanti.” Wah, aku dah pandai berbohong! Mama, sorry... Izzah tak berniat nak menipu,tapi.... Aku sendiri bingung dengan keadaan. Sementara menunggu abah ke pusat penukaran wang asing dan mama leka menelek beg pakaianku, aku capai telefon bimbitku lalu memicit-micitnya.
“Thanks for everything Daniel. Tunggu Izzah...” Mesej terakhirku untuk Daniel sebelum aku berlepas ke US.

**************************************************

“Izzahtul Nadiah binti Mohd Adam?” sapa seorang wanita yang manis bertudung labuh setelah melihat aku terpinga-pinga bersama troli yang sarat dengan beg-begku untuk beberapa minit.
“Saya, Farah Yasmin Md Zaki. Pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan awam di Massachusetts Institute of Technology merangkap senior awak. Boleh panggil akak kak Farah.” Terangnya sambil menguntum senyuman kepadaku. Wajah hitam manisnya kelihatan cantik dengan diapit oleh dua lesung pipit di kedua-dua belah pipi yang menyerlahkan lagi keayuan wajahnya. Raut wajahnya yang tenang itu berjaya menenangkan hatiku yang agak resah. Maklumlah, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi asing ini. Tambahan pula, hanya aku dan Daniel yang mendapat tawaran ke universiti ini. Kalaulah Daniel terima tawaran tu, mesti dia boleh jaga aku kat sini. Tapi sayangnya... Ahhh takdir takkan berubah.

Aku menuruti langkah Kak Farah menuju ke kereta. Semua urusan tempat tinggal aku di sini, telah diuruskan oleh pihak penaja. Maklumlah, aku seorang sahaja yang tercampak ke sini. Ramai rakan-rakanku yang lain mendapat tawaran dari universiti di Texas di mana aku juga ditawarkan tempat. Namun, abah membuatkan keputusan untuk aku agar menerima tawaran dari Massachusetts Institute of Technology. Lebih terkenal katanya.

“Em nak panggil Izzah atau Nadiah ye?”
“Izzah...” kubalas sambil tersenyum.
“Eh kenapa tersenyum pula ni? Lucu ye soalan akak?”
“Takde, parents dan kawan-kawan semua panggil Izzah. Terasa lucu pula kalau ada yang panggil Nadiah. Janggal bunyinya..”
“Ooh ingatkan ape tadi. Em kalo macam tu akak panggil Izzah, Nadiah la. Special sket. Akak jadi lain dari yang lainlah nanti. Ok tak kalau macam tu?”
“Ish taknaklah. Girlish sangatlah bunyinya. Kalau Izzah, tough sikit bunyinya.” Aku menerangkan kepadanya dengan bersungguh.
“Ala ok ape. Hehe takdelah, akak main-main je. Saje nak usik Izzah. Izzah tinggal di mana ya di Malaysia?”
“Rumah Izzah kat KL, Jalan Kia Peng. Kak Farah orang mane?”
“Kampung akak dekat Pahang tapi kami sekeluarga tinggal dekat Perlis sejak 2 tahun yang lalu. Sebelum tu kami tingal di Taman Sri Andalas, Klang.” Jawabnya sambil memutar stereng kereta Mazda Altis yang dipandunya.

Kak Farah pandai mengambil hati. Peramah orangnya. Mudah untuk aku bergaul. Walaupun pada pandangan pertama, aku fikirkan yang kami semestinya tidak sekepala memandangkan cara pemakaiannya yang ayu berbaju kurung dan bertudung labuh. Aku? Sekadar berskirt labuh, berbaju kemeja ketat yang dilitupi oleh blezzer dan bertudung bawal yang diselitkan di kedua-dua belah bahu. Namun, sangkaanku meleset. Dalam masa 40 minit perjalanan ke tempat kediaman dari lapangan terbang, telah banyak yang kami bualkan. Sekolah di mana, anak ke berapa, emak ayah kerja apa, semuanya telah kami kongsi bersama. Tak sangka aku yang Kak Farah ni rupanya dahulu bersekolah di MGS (Methodist Girl School) Klang. Mendengarkan namanya sahaja dah boleh bayangkan bagaimana keadaan sekolahnya. Aku yang bersekolah di sekolah berasrama penuh yang dikatakan menitikberatkan soal agama ni pun tak sealim dia. Ish tapi alim tu kan subjektif untuk diterjemah. Aku sembahyang cukup lima waktu ape...

“Ni lah rumah kita. Rumah ni ade tiga bilik. Satu bilik kosong sebab penghuninya, Kak Aisyah, dah tamat pengajian tahun lepas. Tu yang agaknya En Omar tempatkan Izzah disini tu. Untuk memenuhi kekosongan rumah ini menceriakan lagi hidup kami.” Seloroh Kak Farah sambil menolongku mengangkat beg pakaianku. Aku hanya tersenyum mendengarkan selorohannya itu. Setibanya di hadapan pintu pagar, pintu rumah dibuka oleh seorang perempuan yang berblouse labuh. Kepalanya dilitupi dengan sehelai tuala besar yang menutupi rambutnya.

“Haa ni Kak Sofia. Sofia, ni Nadiah eh Izzah.” Terang Kak Farah sambil menjeling ke arahku. Aku membalas jelinganan manjanya itu dengan menyiku lengannya.
“Ish awak ni Farah, suke sangat sakat orang ye? Em dah tu errr Nadiah ke Izzah?”
“Izzah...”
“Ha Izzah..Dah tu, jangan layan sangat Kak Farah kamu ni. Jom masuk.”
Kami ketawa kecil sambil melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah yang sederhana kecil itu.

Selesai menunaikan solat Zohor dan mengemas barang-barangku, Kak Farah mengetuk pintu bilikku dan masuk setelah aku mengajaknya. “Dah habis kemas? Jom makan..” Kak Farah menarik lenganku sejurus sahaja aku meletakkan Al-Quran pemberian mama di atas meja studyku.

Setelah selesai makan, Kak Farah dan Kak Sofia membawaku ke universiti untuk pendaftaran sambil-sambil memperkenalkan aku serba sedikit tempat di universiti itu. Aku telah diajar oleh Kak Sofia bagaimana caranya untuk ke universiti dengan menaiki bas. Em mudah sahaja pada fikiranku. Tak semacam di Malaysia yang kulihat banyak bas-bas awam kelihatan uzur dan sungguh sesak dipenuhi penumpang kerana ketidaktentuan waktu perjalanan bas. Err tapi aku mana pernah naik bas awam. Mahu kemana-mana pun mama dan abah yang hantarkan. Sewaktu di asrama dulu kalau outing, aku selalu mengambil teksi sahaja bersama teman-temanku. Lagipun aku jarang keluar outing. Malas.. Kalau tak boleh balik rumah, aku lebih suka meluangkan masa hujung mingguku dengan menelaah pelajaran atau membaca novel. Sewaktu di Kolej KL jangan cakaplah. Setiap hujung minggu pasti mama dan abah akan jemput balik. Ahh rindunya aku pada mama dan abah...Ish baru 2 hari kat sini..isk

“Hai ape yang difikirkan tu Izzah?” Tersentak aku apabila dicuit Kak Sofia dari belakang.
“Err takde pape.. Em besar jugak universiti ni ye. Dekat sini, selalunye Kak Sofia dan Kak Farah sembahyang dekat mane?”
“Ooh..Jangan risau. Dekat sini ade surau. Kita nak menuju ke sane lah ni. Surau ni baru je kita dapat dua tahun lepas semasa kami berada di tahun satu. Penat jugaklah kami fight untuk dapatkannya. Alhamdulillah dengan izin Allah, kami dapat sebuah bilik untuk dijadikan surau. Tu yang kita kene jaga elok-elok tu.” Terang Kak Sofia bersungguh. Kak Farah mengangguk.
“Ha dah sampai pun. Jom kita solat Sofia. Asar dah lama masuk ni.” Kata Kak Farah sambil menguak pintu surau itu.

MasyaAllah, luasnya. Lebih luas dari surau di Kolej KL dulu. Siap dengan dapur dan tandas lagi tu. Kagumnya aku. Di Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam itu pun, jarang sekali untuk aku temui surau yang seselesa dan selengkap ini. Apakah ini bermakna lagi sedikit kuantiti sesuatu itu, lagi ia dihargai? Di bumi Allah yang majoritinya orang kafir ini pula umat Islam lebih kuat bersatu-padu. Pasti besar usaha yang mereka lakukan untuk mendapatkan surau ini. Subhanallah...

*************************************************

Jarak yang jauh tidak menjadi halangan untuk aku berhubungan dengan Daniel. Telefon, emel, friendster, MSN messenger, semua bentuk rangkaian perhubungan kami manfaatkan. Ish rindunya aku padanya. Hanya gambar, sebuah teddy bear kecil dan sekeping kad yang terisi di dalam beg kertas yang diberinya sewaktu di lapangan terbang menjadi pengubat rinduku padanya. Aah tak sabarnya untuk pulang pada hujung tahun ni. Cepatlah masa berlalu...

“Tukk..tukk...” Pintu bilikku diketuk. Bingkas aku bangun menyimpan semula gambar Daniel yang berada di genggaman sedari tadi.

Kak Farah membuka pintu setelah aku memanggilnya masuk. “Izzah dah boleh solat?”
“Dah, baru je mandi tadi. Tapi Izzah tak sembahyang zohor lagi.”
“Em kalau macam tu, jom kita solat berjemaah sama.”

Ek jemaah? Kali terakhir aku solat secara berjemaah pun mase dekat kolej dulu. Itupun sebab ada buat solat hajat sempena nak menghadapi peperiksaan akhir. Kalau tak, jangan haraplah aku nak turun ke surau. Di ruang tamu kelihatan Kak Sofia baru sahaja selesai memberi salam. Sembahyang sunat agaknya. Sejadah untuk sembahyang berjemaah lengkap untuk 3 orang sudah terbentang menghadap kiblat. Lekas Kak Sofia bangun melaungkan iqamah dan Kak Farah mengimami solat zohor kami pada hari itu setelah aku menolak pelawaannya untuk menjadi imam.

“Izzah, jom bersiap. Kita pergi rumah Kak Zeti, kawan kitorang. Seuniversiti dengan kite jugak. Dia pun dapat housemate baru. Dua orang lagi. Dengar cerita satu batch dengan Izzah. Tapi mungkin dari sponsor lain. Ha boleh kita berkenal-kenalan nanti. Em mesti diorang dah siap masak untuk kite kan Sofia kan?” Kak Farah mengenyitkan matanya kepada Kak Sofia.
“Hihi takdelah, saye memain je. Nanti kite singgah belikan ayam panggang bawa ke rumah diorang.”

**********************************************

Hari ini kelas pertama aku. “Alamak, susah betullah nak faham apa yg mat saleh ni cakap. Slang bukan main lagi.” Aku mengomel sendirian.. Walaupun sudah hampir satu jam kuliah berlalu, aku masih lagi terkial-kial menangkap bait-bait perkataan yang dibebelkannya. Ish, tak sesenang tengok ER atau Friends rupenye. Ingatkan senang je nak faham apa yang diorang cakap kalau dah banyak kali tengok ER, Gilmore Girls, Smallville dan Friends...Isk lain rupenye..

“Today is my first class. Isk, susahlah Daniel. Izzah tak dapat nak catch up lecture tadi..” Hampir setiap apa yang berlaku padaku, aku laporkan kepada Daniel. Aku tak mahu Daniel ketinggalan setiap apa yang terjadi di sini. Yang penting sekali, aku tak mahu dilupakan. Tapi Daniel memang baik. Memang dari dulu lagi aku dilayan dengan baik. Sudah hampir seminggu aku di sini, Daniel tidak pernah ketinggalan untuk menanyakan khabarku disamping mengirimkan khabar dia dan keluarganya di Malaysia. Sudah bagai isi dengan kuku. Kami saling memerlukan.

“ Ha, how was your first class? Seronok?” Teguran Kak Zeti yang diiringi dengan tepukan manja dari belakang, mengejutkan aku. Sambil menekan butang Send, aku mengerutkan dahi dan memberikan jawapan,
“Ish tak fahamlah kak..Ntah ape-ape tah yang lecturer tu bebelkan tadi..Berkerut-kerut dahi Izzah nak fahamkan ape yang die cakap. Tak faham-faham jugak Izzah..”
“Hihi kelakarlah Izzah ni. Em biasanya first few days memang macam tu. Akak dulu pun, siap buka-buka kamus lagi depan lecturer nak jawab soalan. Padahal baru sesi berkenalan je tu..hihi.” Aku turut tertawa mendengar jawapan Kak Zeti.
“Eh dah azan. Izzah dah ambil wudhu’?” Aku menggeleng lantas bangun ke tempat wudhu’. Wah efficient betul. Baru je 5 minit masuk waktu Zohor rasanya, dah ada yang azan. Mungkin muazzin yang dilantik oleh MIT Muslim Students’ Association agaknya.

Dekat surau ni lah aku dapat kenal pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Boleh la dikatakan ramai juga. Setelah berborak-borak dengan yang lain, barulah aku tahu yang azan dan mengimami jemaah semuanya adalah dilakukan secara sukarela oleh pelajar-pelajar universiti ini. Ish kalau kat Malaysia, jarang ada macam ni. Kat kolej dulu, sembahyang asing-asing je semua. Ni pun kadang-kadang je aku dapat sembahyang jemaah. Selalunya ada kelas masa zohor dan asar. Di rumah pula, kalau aku berseorangan sewaktu Kak Farah dan Kak Sofia tiada, pasti aku tak berjemaah.

*********************************************

“Minggu depan mid-sem break. Kalau kita pegi piknik kat Crane Beach nak tak? Cantik tempat tu.” Kak Farah mengajak.
“Em macam best jer. Izzah pun nak jugak jalan-jalan kat tempat orang ni. Bile lagi ye tak? Nak harapkan pergi sendiri, ntah bila-bilalah agaknya..” Luah aku pada Kak Farah.
“Hmm betul-betul..Kak Farah ni dah tiga tahun duduk sini, dah merata pelusuk US dah akak pegi..Heh takdelah semua tempat. Akak exaggerate je. Em tapi tu lah, dah alang-alang kita ada dekat tempat orang ni, baik kita manfaatkan. Selalunya akak dan kawan-kawan pergi ke tempat-tempat yang kawan-kawan kami ramai ada. Saje lawat kawan-kawan sambil jalan-jalan. Sambil jalan-jalan, kita timba ilmu. Dalam surah Al-Haj ayat 46 pun, Allah ada kata pasal jalan-jalan ni. Ala bak kata pepatah melayu, jauh perjalanan luas pemandangan. Betul tak?”
“Ek betul-betul..” Terpinga aku dengan penerangan panjang lebar Kak Farah. Tapi memang betul pun apa yang dia cakap. Wah, kagum aku. Siap tahu dalil al-Quran lagi. Walaupun aku dah berkali-kali khatam al-Quran, tak pernah aku hafal maksud ayat-ayat suci itu.

“Akak, nak pinjam tafsir boleh?” Pantas aku bertanya sebelum Kak Farah menutup pintu bilik air seetelah lama kami berborak panjang.
“Ambillah dekat atas meja study akak..”

*************************************

“Em cantikkan beach ni? Hari ni bukan public holiday, so kurang sikit orang.. Kurang dosa......” kata-kata Kak Farah terhenti apabila terlihatkan seorang lelaki mat saleh yang hanya berseluar pendek berlari menuju ke laut.
“Ish baru je cakap..Kite datang nak tengok keindahan ciptaan Allah. Diorang ni mencacatkan pemandangan kite pulak. Em takpe-takpe, jage pandangan ye semua orang.” Jerit Kak Farah yang lantas membuatkan kami tertawa.

Hmm ramai juga yang ikut. Sampai muat dua van besar. Kak Zeti dan dua orang housmate barunya pun ada sekali. Ramai jugak rupanya rakan-rakan seangkatan dengan aku yang baru sampai. Tak kenal sebab kami dari kolej persediaan yang berlainan. Nabilah, Dila, Nina, Iman, Azwin, Farhana, Kak Ain, Kak Sha, Kak Aishah, Kak Yan, Kak Zaimah, kak... Isk ramai sangatlah. Tak boleh nak ingat semua. Walaupun baru sahaja berkenalan dan nama pun tak habis hafal lagi, kami semua mudah untuk berbicara antara satu sama lain terutamanya dengan kakak-kakak senior. Makan bersama, bermain bersama, solat berjemaah bersama.

Sewaktu hari sudah lewat petang, kami berkumpul semula untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Sungguh menakjubkan bagaimana warna jingga matahari menghilang sedikit demi sedikit bertukar menjadi ungu gelap. Tak sabar rasanya nak menghadap komputer untuk menulis emel menceritakan pengalaman hari ini pada Daniel.

Setelah selesai solat maghrib, Kak Farah berdiri di menghadap kami. Ada majlis penutup katanya sebelum balik ke rumah. “Fuh cayalah.. Piknik-piknik pun ada majlis-majlis penutup.” Aku mengomel dalam kekaguman sendirian. Kak Farah memulakan bicaranya,

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan selamat. Heh walaupun kentang goreng tak berapa cukup, namun pengalaman yang kita dapat hari ini sangat menarikkan? Disamping dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah, dapat juga kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Siapa sangka orang yang kita tak pernah kenal sebelum ni, boleh je makan sedulang dengan kita kan? Alhamdulillah...Harapnya tautan ukhuwah yang baru terbina ni akan berkekalan dengan izin Allah.. Umat islam ni ada tiga kekuatan. Yang pertama iman, yang kedua ukhuwah dan yang ketiga material. Ini membuktikan betapa pentingnya ikatan ukhuwah itu. Jadi, besarlah harapan akak sekiranya bukan takat di sini sahaja kita berkenalan. Ha kalau hari ini, kita tahu kawan tu asal dari mana, lepas ni kita tanya pula mak ayah dia asal dari mana. Pakcik makcik tinggal kat mana..ha mana tau sekali tengok-tengok rupanya saudara bau-bau bacang kita.” Dalam suasana yang sunyi, kak Farah sempat berseloroh.
“Baiklah, hmm baru mukaddimah je tu..hihi. Em ok, hari ni akak nak cite pasal perkara yang paling basic sekali sebagai manusia, makhluk Allah yang mulia. Apakah tujuan hidup kita sebenarnya. Kalau kita tanya kat orang-orang kafir ni, mesti tergaru-garu kepala diorang nak jawab. Dah habis garu pun, belum tentu dapat jawab lagi...Tak percaya, cuba tanya. Akak pun pernah juga tanya dekat sorang kawan akak ni yang ‘free thinker’, “what’s your purpose of life then?”. Hmm terdiam dia tak jawab. Tapi yang sedihnya, ada segelintir umat islam sendiri pun tak dapat jawab soalan mudah ni. Dalam Al Quran ada jawapannya. Sedihkan, kita dapat al-quran dari kecil lagi. Tapi still ada sesetengah tu yang taktau apa tujuan hidup. Untuk apa hidup? Mencari harta semata? Pangkat? Nama? Dalam surah adh dhariyat ayat 56, Allah berfirman “Wamaholaqtuljinna walinsailla liya’buduuun” yang bermaksud, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah aku”. Hah, kan dah ada jawapannya tu. Itu tujuan kita hidup iaitu beribadah kepada Allah semata-mata. Hish kak Farah ni. Habis tu takkan 24 jam nak duduk atas tikar sejadah je. Tak hidup la kalau macam tu. Ha ade pulak yang fikir macam tu nanti. Jangan sempit kat fikiran kita. Jangan tengok ibadah tu sebagai solat semata-mata. Kita makan, bekerja cari rezeki pun ibadah juga. Yang penting niat kerana Allah dan tidak berlebih-lebihan. Bukannya makan sampai tak larat nak bangun dan terlewat solat. Bukannya cari rezeki dengan berniat untuk membesar rumah, kereta, badan semata. Cuba kita tengok balik kalimah yang kita lafazkan yang menjadi bukti keislaman kita. “Laaillahaillallah..”, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Pernah ada seorang hamba Allah ni bagi tazkirah dia cakap, ada sahaja manusia yang apabila ia solat maka ia mempersekutukan Allah, apabila ia bersedekah maka ia mempersekutukan Allah, apabila ia menuntut ilmu maka ia mempersekutukan Allah, apabila ia bersahabat maka ia mempersekutukan Allah. Kerana apa? Kerana ia melakukan semua ini bukan kerana mengharapkan redha Allah, tetapi kerana ingin mendapatkan redha manusia. Kalau kita tanya, kenapa sembahyang? Ish kalau tak sembahyang nanti orang pandang serong kata kita jahat. Kenapa sedekah? Nanti orang senang percaya kat kita. Kenapa kawan dengan dia? Sebab dia lawa. Nanti orang pandang dia, orang pandang aku sekali. Ish nauzubillah.. Sebab tu kalau kita nak buat apa sahaja, kita kene niatkan yang semuanya kerana Allah. Apa sahaja yang kita buat hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Kalau kita berpegang pada konsep ni, insyaAllah kita akan tahu yang mana sebenarnya kita boleh buat dengan yang kita tak boleh buat. Kalau layan linkin park, agak-agak boleh tak diniatkan kita dengar lagu-lagu diorang ni untuk mencari keredhaan Allah. Tengok movie, Naruto, Anuar Zain, baca Cleo, bercouple. Boleh ke kita kata yang kita buat semua tu kerana Allah, untuk mencari keredhaan Allah? Agak-agak Allah redha ke kalau kita menjalinkan hubungan dengan lelaki bukan mahram tanpa ikatan pernikahan yang menghalalkan? InsyaAllah kita sendiri boleh jawabkan. Cuba kita fikir balik, kita ini betul-betul islam tak? Islam kita ni sekadar kata nama atau kita buat sebagai kata kerja? Ape bezanya ek? Hmm cuba kita tengok kalau kita katakan ‘lari’ sebagai kata nama. Kita kata, saya lari. Tapi kita tak lari pun. Ha tu maksudnya nama kita Lari. Lari binti Laju agaknya. Ha nampak tak beza dengan lari kata kerja? Maknanya kita berlari betul-betullah kan.”

“Couple? Mengucap? Laillahaillallah...?” aku terdiam sendirian. Aku tak dapat lagi concentrate apa yang kak Farah sampaikan. Astaghfirullahalazim.. Tidak cukup islamkah aku? Aku tak dapat berfikir panjang.. Terasa seperti dipukul dengan bantal ke muka ketika sedang khusyuk berangan. Baru tersedar dari lamunan yang panjang. Terdiam aku memikirkannya. Tanpa aku sedari, kak Farah dah pun habis bercakap dan kami semua akan berangkat pulang. Dengan lemah aku bangun menuju ke van. Aku hanya terdiam di sepanjang perjalanan. Mata yang mengantuk tidak mahu terpejam seperti ahli-ahli van yang lain yang sudah lama terlelap. Hanya kak Yan yang setia menemani kak Farah memandu di depan.

*****************************************

Sejak sampai dirumah awal pagi tadi, aku hanya memerap di dalam bilik. Kata-kata kak Farah di Crane Beach masih terngiang-ngiang lagi di telingaku. Handsetku berbunyi. Mesej dari Daniel tidakku balas. Aku dalam kekeliruan. Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
“Boleh akak masuk?” kak Farah menjengukkan kepalanya dipintu.
“Em masuklah.”
“Best tak piknik semalam? Lain kali boleh kita buat lagi macam tu. Jalan ramai-ramai. Best kan?” kak Farah mula berceloteh.
“Em best.” Jawapku ringkas namun ikhlas.
“Kenapa ni? Penat sangat yer? Tulah, beriya sangat main buat istana pasir semalam. Mesti penat ni. Ok lah, Izzah rehat dulu ye. Kak Sofia tengah masak tu. Kejap lagi dah siap akak panggil ye?” kak Farah bingkas bangun sambil tangannya menepuk lembut bahuku.
Hampir selangkah lagi kak Farah hendak sampai ke pintu, aku memanggil,
“Akak, salah ke kalau kita bercouple?” aku inginkan kepastian.
“Ek, Izzah teringatkan tazkirah yg akak bagi malam tadi ye?”
“Em....”
“Em macam ni Izzah, istilah couple itu sendiri tak pernah wujud pun dalam islam. Tidak ada hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yg dihalalkan dalam islam selain ikatan pernikahan. Izzah, Allah itu Pencipta kita. Therefore, Dia lebih memahami hati, perasaan dan tingkah laku kita. Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Jadi, apa yang dibatasiNya itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Tapi, kita buat sesuatu itu bukanlah kerana untuk mendapatkan hikmah itu tetapi hanya semata-mata untuk memenuhi perintahNya. Akak pernah terbaca sebuah artikel ni yg menyatakan bahawa cinta itu merupakan berhala alaf baru yg disembah manusia. Apa hukumnya kalau kita sembah berhala yakni sesuatu selain Allah? Syirikkan? Apa hukum syirik? Dosa besar yg teramat sangat yang tidak akan diampunkan melainkan dgn taubat nasuha. Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya yang bertaubat selagi mana hambaNya itu tidak menduakanNya. Kenapa cinta itu dikatakan berhala? Yela, cuba Izzah fikir, disebabkan oleh kita cintakan seseorang itu, kita serahkan seluruh jiwa dan raga kita kepadanya. Sampaikan ada tu yang merasakan tak boleh hidup tanpa dia. Makan tak lalu, tidur tak lena dek kerana rindukannya. Kalau boleh, setiap waktu nak jumpa. Kalau dah bergayut di telefon tu, orang azan pun dah tak peduli. Siapa yg lebih dipentingkan? Allah atau siapa di situ? Suruhan Allah dilengahkan dek kerana nak melayan si dia. Semua benda nak ikut cakap dia. Sedangkan siapa memberi mereka itu rezeki? Siapa yang memberi mereka itu nyawa untuk terus hidup? Allah s.w.t.! Allah dah siapkan peraturan dah. Semuanya lengkap dalam al-quran dan sunnah. Dalam surah An-Nur ayat 30&31 ada Allah cakap tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim. Tak pula kita sibuk-sibuk nak ikut semacamana kita ikut cakap dia. Ha, tak nampak macam berhala ke tu? Em kita mohon pada Allah agar kita dijauhkan dari semua itu ya Izzah...”

“Tapi macamana pula kalau kita jaga batas-batas pergaulan tu? Tak pegang tangan, tak jumpa selalu...?”

“Em zaman sekarang Izzah... Anak-anak muda dah semakin banyak yang rosak. Mula-mula dari tak bercouple jadi bercouple dek kerana melihatkan kawan-kawan lain semuanya berpunya. Kalau tak, nanti orang pandang serong semacam merendah-rendahkan. Em lepas tu, mulalah.. Bergayut di telefon, dating... Lama-kelamaan, pegang-pegang tangan. Lepas tu? Em akak sedihlah tengok rakan-rakan segenerasi akak sekarang ni. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemusnahan diri itu yang senang je diikut. Yang baik-baik, yang berkaitan dengan agama hatta mengajak solat berjemaah sekali pun dikatakan ekstreme. Macamana keadaan kita di masa hadapan nanti kalau pemimpin-pemimpin kita dah rosak sejak dari awal lagi? Izzah, kita tak tahu bila Allah akan tarik balik nyawa kita. Entah esok entah kejap lagi kita pergi. Kita mohon pada Allah agar diberikan kesudahan yang baik ye.. Semoga kita dipelihara dari arus kemusnahan di akhir zaman ini.”

“Em insyaAllah kak... Em akak, tolong Izzah... Bantu Izzah dalam merubah hidup Izzah. Merubah kembali kepada islam yg sebenar...”

“InsyaAllah Izzah.. Kita sama-sama berusaha untuk memohon petunjuk dan hidayah dariNya. Akak pun masih ada banyak yang perlu diubah. Kita sama-sama belajar ya?”

*********************************************

“Tettt..tett...”...
“Izzah, sampai hati Izzah buat Daniel macam ni. Apa salah Daniel? Takkan sibuk belajar sampai tak ada masa nak mesej?” Soalan Daniel tak mampu aku balas. Dah hampir 2 bulan aku tak hubunginya. Memang aku sibuk belajar. Belajar di kuliah dan juga belajar ilmu-ilmu yang sepatutnya aku belajar sejak dari dulu lagi. Banyak yang aku ketinggalan dalam ilmu-ilmu agama rupanya. Banyak yang aku pelajari dari kak Farah dan rakan-rakan. Namun, dari segi perubahan diri, aku lebih banyak belajar melalui contoh yang ditunjukkan oleh kakak-kakak serta perubahan rakan-rakan yang lain. Hassan al-Banna, Syed Qutb, Abdul Aziz ar-Rantissi adalah sebahagian dari nama-nama agung yang baru ku kenali. Alangkah hinanya rasa diri ini pabila usia sudah menjangkau 20 baru nak mengenali mereka. Baru sekarang juga aku belajar nak menelaah maksud-maksud ayat suci al-quran yang selama ini sering aku baca. Hanya membaca namun tidak mengerti akan sepotong ayat pun. 2 minggu yang lalu, kak Sofia menghadiahkan aku sebuah tafsir quran yang dikirim dari makciknya yang datang melancong sambil melawatnya di sini. Buku-buku novel yang sering kubaca di kala masa lapang juga sudah ku gantikan dengan bahan-bahan bacaan yang lain. Banyak buku kak Farah dan kak Sofia yang aku pinjam. Baru ku sedar yang aku sebenarnya ada banyak masa untuk membaca dan membuat perkara-perkara yang berfaedah. Dahulu tidak kerana banyak masaku dihabiskan di hadapan tv. Menonton rancangan-rancangan yang membawa pengaruh buruk dan menyebabkan aku lebih banyak berangan. Tidak menambahkan ilmu atau iman bahkan merosakkan! Dan jikalau dulu, aku masih berselera menjamah Mc D walaupun aku ada terdengar bahawa syarikat itu ada menyumbang kepada Zionis yang galak membunuh warga Palestin, saudara seagamaku sendiri, kini aku sudah sedar bahawa tanggungjawab memboikot syarikat-syarikat seperti itu adalah wajib jika punya alternatif lain. Jika tidak, ia diibaratkan sama seperti melapah daging saudara sendiri. Nauzubillah...

“Oh Tuhan, ampunilah aku... Berilah aku petunjuk dan hidayahMu.. Sesungguhnya telah banyak dosa yang aku lakukan ya Allah... Hanya keampunan dan rahmatMu yang dapat menebus segala dosa-dosaku itu... Selamatkanlah aku dari gelombang tipu daya syaitan di akhir zaman ini wahai Tuhan Yang Maha Pengampun...”

************************************

Terlalu banyak tuduhan yang dilemparkan Daniel. Dia menyatakan yang aku ini kejam, aku ini tak berhati perut, tak menepati janji, pembohong. Yang paling aku kesalkan ialah apabila dia menuduh aku telah berjumpa dengan orang lain dan melupakan dia. Hancur hatiku bila mengenangkan tuduhan-tuduhan itu. “Ya Allah, beri aku kekuatan...” hanya pada Allah aku luahkan segala-galanya. Aku memohon agar dia diberikan hidayah.

Tiga minggu lagi aku akan pulang ke tanah air sempena cuti summer. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Rindu pada mama dan abah. Tapi.... macamana aku nak berhadapan dengan Daniel? Dia pasti akan terus mengangguku. “Ah, aku harus tetap hati. Aku harus izzah dengan perubahanku!” bentak hatiku.

Aku bersyukur kerana dihantar ke sini. Subhanallah, sungguh cantik percaturan Allah itu. Aku tidak merancang untuk belajar ke luar negeri, namun Dia mengetahui apa yang lebih baik untukku. DicampakkanNya juga aku ke sini. Rupa-rupanya, ada sinar yang ingin ditunjukkanNya. Kalau bukan kerana ingin lari dari Zahar semasa di UTM dulu, mungkin aku akan terus belajar di tanah air. Alhamdulillah tidak. Aku tahu betapa besarnya dugaan di tanah air itu. Terlalu sukar untuk melawan arus jahilliyah yang kuat. Terlalu sukar untuk menemui bi’ah solehah. Terlalu sukar untuk melihatkan islam yang sebenar. Maha Hebat percaturan Allah yang tidak menghantar Daniel untuk belajar bersama-samaku di sini. Jika tidak, tak tahulah apa yang terjadi padaku. Mungkin akan terus terleka dengan angan-angan dunia yang tidak akan kemana-mana. “Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu..” aku bersujud tanda syukurku yang tidak terhingga.

************************************

Kelihatan mama dan abah sudah menungguku di balai menunggu. Ah rindunya aku pada mereka...

“Assalamualaikum ma, abah...” lantas kukucup kedua-dua pasang tangan yang sekian lama kurindukan itu didahului dengan tangan mama.
“Wah, cantiknya anak mama pakai baju kurung...” kata mama sambil memeluk bahuku. “Biaselah ma, anak mama...” kami tertawa beriringan. Sedang kami menunggu abah mengambil kereta perut mama tiba-tiba memulas.
“Izzah, mama nak ke toilet kejaplah. Kalau abah dah datang, minta tunggu mama kejap ye sayang.”
“Okay ma...” balasku sambil menguntum senyuman buat mama. Tak sampai 5 minit mama beredar, abah pun sampai.
“Abah, mama ke toilet sekejap.”
“Ish mama kamu ni. Ada-ada saja.” Aku tersenyum mendengarkan jawapan abah itu.
“Em biar abah angkat beg-beg ni. Sementara tu Izzah pergi tengokkan mama tu. Tak boleh tunggu lama-lama dekat lane ni. Nanti kena halau.” Arah abah..
“Okay-okay.. Abah tunggu kejap ye.”

Aku yakin mesti mama pergi toilet yang dekat dengan surau ni. Aku terus meluru ke situ. Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang seakan-akan aku kenal. Ya, itu suara Daniel. Macamana dia boleh tahu aku balik hari ni? Takkan tunggu aku kat KLIA hari-hari kot?? Isk.. Aku mempercepatkan langkah menuju ke toilet.
“Izzah........tunggu!”
“Izzah, mama dengar macam ada orang panggil kamulah.” Alhamdulillah, kira-kira lagi 5 langkah untuk aku masuk ke kawasan toilet, mama keluar.
“Ish mana ada mama ni. Takkan jaga troli tu kenal Izzah.. Salah orang kot... Jom mama, abah suruh cepat.” Aku berdalih sambil menarik lengan mama menuju ke kereta. Aku hanya menundukkan pandangan berharap yang Daniel tidak akan mengekori aku lagi.

“Ya Muqallibal qulub,thabbit qalbi 'ala deeniq,wa'ala to'atiq....”