December 22, 2005

aku disini...
bukan untuk melahirkan tulisan...
aku disini...
punya tujuan...
untuk,
melahirkan insan...

December 16, 2005

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA

*jazakallah to www.saifulislam.com

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA 17.08.2005

Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?

Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop ‘Arabising’ Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.

RAKYAT KETAGIH HIBURAN

Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!

Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.

APAKAH SEMUA INI?

Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.

Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

@ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005

December 15, 2005

THE SINKING SHIP


Hmm dekat sini kita tengok sikap 'kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku!' atau 'meisme' itu tak pernah wujud.Kemungkaran yang dilihat haruslah ditegah.Sekurang-kurangnya ditegah oleh hati yakni kemungkaran itu dibenci untuk menunjukkan yg kita tidak meredhai apa yg dilakukan itu.Namun,itu adalah selemah-lemah iman..Sampai bila iman kita mahu ditahap paling lemah?Ya Allah, berilah kami kekuatan...

December 14, 2005

AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR

"Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak ada kuasa dengan lidahnya, dan jika juga tidak ada kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

(Al Hadith)

December 09, 2005

Akan tetapi hidup nenda memang abadi di sini, di Gunung Ledang ini kerana nenda mahu membersihkan diri. Di luar sana terlalu banyak kekotoran, kehodohan yang amat menakutkan sampaikan nenda tidak lalu untuk menjengah muka. Anak-anak gadis kita cantik apa? Urat pun tidak bertutup, alur terjulur, peribadi jauh dari mulia, adab tidak ada akhlak pula terlontar entah ke mana. Inilah kehodohan yang amat nenda geruni. Sudah dekat dengan kiamat kita ini. Biarlah nenda duduk berzikir sahaja, ingin mendapat taraf wali. Adapun apakah benar nenda ini suka berkemban sahaja? Jawapannya, issyyy cucunda ini, masakan boleh nenda berkemban di tempat yang banyak nyamuk begini? Nanti habis dilatam ditalu tubuh nenda yang putih gebu ini. Janganlah cucunda percaya apa-apa yang karut itu, buat mendatangkan dosa sahaja...

Petikan dari cerpen Ratu Kosmetik
Faisal Tehrani
Hari ini ketika terlalu banyak anak muda Islam ibarat kayu digerigit anai-anai kebendaan dan hiburan kata-kata hoca adalah semangat buat kami: Ketika anak-anak muslim hanyut ibarat balak di sungai menuju ke neraka, menyelamatkan satu balak sudah menjadi bonus....

Petikan dari cerpen Kucing Montel di Masjid Biru
Faisal Tehrani

December 08, 2005

BUKAN SALAHKU

Hey jangan salahkan aku jika aku berdampingan rapat dengan temanku
Aku hanya mengikut trend
Salahkah?
Tiap hari aku lihat di tv manusia berpelukan
Mereka juga ada yang Islam sepertiku
Ia tidak dipandang hina oleh masyarakat
Jadi, salah akukah?
Kulihat keliling teman-teman sebaya semuanya berkepit dengan pasangan
Salahkah aku ingin menjadi seperti mereka?
Hey jangan salahkan aku!
Ibu bapaku juga sudah kenal temanku
Mereka sporting dan benarkan kami keluar bersama
Jadi siapa kau untuk menegurku?
Hey jangan salahkan aku!
Guru di sekolah pun menggalakkan kami bergaul
"Nanti kamu akan bekerja dengan kaum bukan sejenis kamu juga"
Itu kata guruku
Jadi jangan salahkan aku!
Para pemimpin sanjungan negara pun tak kesah bersalaman dgn perempuan
Mereka itukan contohan
Pergaulan bebas tak jadi hal
Dunia sudah moden
Kita bukan di zaman anak-anak teruna bekerja di kebun
Dan anak-anak dara berkain batik hanya menunggu dipinang lagi
Kita anak generasi baru
Jadi jangan salahkan aku jika aku membuat maksiat dengan temanku!

...........................................................................................................................

Astagfirullahalazim....kalau di dunia, bolehlah kita memberi alasan namun masih mampukah kita untuk mencari alasan pabila berada di hadapan Allah nanti?Jangan hanya mengikut nafsu wahai generasiku.Sedarlah!Bangkitlah!Dunia semakin gelap, dunia semakin kabur jika kamu berterusan begitu!Sedarlah kamu dari angan-anganmu yang tidak berkesudahan..Bangkitlah kamu dari dunia imaginasi kamu.Ke mana halamu?Sampai bila kamu akan terus begitu?Sampai bila...?Wahai ibu bapa, didiklah anak-anakmu sebaik-baiknya kerana mereka juga menjadi penentu pengakhiranmu.Jangan biarkan mereka membuatkan kalian menyesal kelak...

December 05, 2005


SURAT TERBUKA

Bismillahirrahmanirahim..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Saudara seislamku,

Sesungguhnya hidup ini adalah ujian. Entah esok entah kejap lagi kita mati. Pilihlah antara syurga dan neraka. Jika engkau memilih syurga,

1) Takutilah Allah
2) Jauhilah maksiat
3) Tunaikanlah solat
4) Batasilah pergaulanmu
5) Tutupilah auratmu
6) Engkau akan mendapat segala nikmat di dunia ini dlm keadaan beribu-ribu kali lebih baik lagi

Jika engkau memilih neraka,
1) Engkau akan dibakar dengan api yang marak membara
2) Engkau akan disiksa di dalam kubur
3) Engkau tidak akan tertahan akan azab Allah
4) Engkau akan mendapat kemurkaan-Nya

Semoga mendapat hidayah Allah


Yang ikhlas,
Hamba Allah
Details of Fatwa
Title of Fatwa: Online Chatting in the Eyes of Shari`ah
Date of Reply: 14/Nov/2005
Topic Of Fatwa: Mixing
Question of Fatwa: Dear scholars, As-Salamu `alaykum. I want to know if chatting online is haram (forbidden)? My chats, with the Muslim people only, are clean and there are no bad intention chats. Jazakum Allah khayran.
Name of Mufti:
Ahmad Kutty

Content of Reply:
Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear brother in Islam,
you have raised a very important question, which reflects a common trend nowadays among our youth and others, when the majority don't even bother to learn the restrictions that are dictated by religion to preserve morality in society. Thanks to the sophisticated means of modern communication, everyone finds himself tempted to try everything new in technology.Thus, it's very important for each Muslim to know where he stands and to always keep in mind that, as he is given full right to make use of any opportunity offered by modern technology, he is also required not to forget the duty he owes to Almighty Allah Who subjects to him all such avenues of comfort and prosperity. He must not deviate, whatsoever, from the teachings of his religion, in order to preserve his noble identity.
In response to the question in point, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states:
Chatting with members of opposite sex, whether they are Muslims or non-Muslims, personally face to face, or on phone or chat lines all fall in the same category. The haram of it is haram, and the halal of it is halal.Islam does not allow Muslims to be befriending members of opposite sex for the sake of companionship or for casual conversations; it has been forbidden because of its risks; it may entail isolation, lead to unlawful flirting, and engender unlawful thoughts, desires or lusts.However, occasional, serious, business-like conversations with the members of the opposite sex are considered lawful, just as they are lawful when done face to face so long as one observes the Islamic ethics of interaction.Islam teaches that as Muslims we must shun not only that which is clearly haram, but also everything that creates agitation or doubt or restlessness in our souls. The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Sin is that which causes agitation in your heart or mind; whereas virtue is that which the heart is content and at peace about!” (Reported by Ahmad)

So engaging in unnecessary chatting may lead to unforeseen consequences. It may also engender doubts and suspicions in our minds as well in the minds of others. So we are best advised to shun them altogether in the first place in order to safeguard our religion and honor. The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Halal is clear; haram is clear, but there are certain cases which are dubious or doubtful; whoever shuns them safeguards his religion and honor; whoever falls into them risks falling into haram like a shepherd who lets his herd graze around the forbidden territory, for it may thus encroach upon the forbidden territory!” (Reported by Al-Bukhari and Muslim).

Excerpted, with slight modifications, from: www.islam.ca

You can also read:

Allah Almighty knows best.

All Fatwas published on this website (Islamonline.net) represent the juristic views and opinions of eminent scholars and Muftis. They do not necessarily form a juristic approach upheld by this website. Click here to read Full Disclaimer.

December 04, 2005

ADA APA DENGAN BANGSA?

Ada apa dengan bangsa?
Tamadun, bahasa, peradaban pun tak ada.
Almari, jendela, kerusi
Paradigma juga konklusi.
Semuanya diambil dari pedagang juga penjajah
Diambil dari arab, portugis juga inggeris

Ada apa dengan bangsa?
Tak tahulah...
Kan melayu mudah lupa
Dikritik melenting
Dijentik sikit lengan disinsing
Amerika dijunjung
Eropah disanjung
Baju yang panjang kian pendek
Dikata telanjang kita balik diherdik
Berpimpin tangan berpelukan
Itu dikatakan kebiasaan?

Ada apa lagi dengan bangsa?
Kononnya gah dimata dunia
Tak sedar diri semakin hina
Wahai bangsa,
Kembalilah kepada fitrah islam yang mulia

UNTUK WANITA

*again, copied from email i got...em ana tak tahu bahasa arab tapi tahulah sikit2 insyaAllah.ikhwan tu bermaksud saudara lelaki.akhawat tu saudara perempuan.ukhti tu saudara perempuanku.fillah pula bermaksud kerana Allah.err ana tak berapa pasti.jika salah,harap ada yang tegur.wallahualam


Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapapeduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang takperlu mengenalku.
Bagiku kau bunga,
tak mampu aku samakanmudengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati,
seluruh jiwa,sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri,
berkelebat selalu, meski ujung penutupmu pun tak beraniku sentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku karena sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, t
api karena akuseorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku,
mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib,
meski hatiku lebih kotor dari Lumpur.
Kau memang suci,
tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku,
terukir dalamkitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu,
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu,
karena itu adalah hakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu,
semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin takada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,
tapi itupilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu,
melainkan pada jalan yang kau pilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang KekasihTertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

December 01, 2005

“Laa ilaaha illa Allah”, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

*i got this very interesting article from a subscribed yahoogroup.it discussed the most important thing that every muslim has to think about.again, are we islam enough?

...........................................................................................................................

Kalimat ‘Laa ilaaha illa Allah’ adalah kalimat yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Kita sering menyebutnya baik di dalam solat mahupun ketika azan. Namun sejauh manakah kita memahami kalimat ini dan mengamalkannya?

Tingkah laku umat Islam kini yang terpengaruh dgn jahiliyah dan cara hidup Barat menunjukkan syahaadah tidak memberi kesan kepada dirinya.

Kita mengaku bahawa ilaah kita yang sebenar-benar adalah Allah semata-mata dan menolak tuhan-tuhan lain dengan bersyahadah: “Tiada ilah/tuhan yang di sembah melainkan Allah”. Namun, benarkah kita tidak mengambil sesuatu yang lain sebagai ilah/tuhan di samping Allah?

Mari kita kaji maksud ilaah/tuhan telebih dahulu....

1. Ilah berasal daripada perkataan Aliha (Yang menenteramkan)

§ Merasa Tenteram Kepadanya
- Ilah ialah apabila ilah tersebut diingat-ingat oleh seseorang, dia merasa senang dan setiap kali mendengar nama ilah itu disebut dia merasa tenteram.
- Orang sekarang lebih tenteram dengar muzik rock pop ye ye, lebih tenteram buat maksiat dan lebih tenteram dengan harta dunia dan nafsu syahwat berbanding rasa tenteram apabila di dalam solat. Lantaran itu lahirlah ungkapan, “Jika ingin mencari barang yang hilang, maka carilah di dalam solat. Nescaya anda akan menemuinya!”. Sekarang siapa ilah kita?
- Dalil – Q. 10: 7-8. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dgn Kami, dan merasa puas dgn kehidupan dunia serta merasa tenteram dgn kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.


§ Merasa Dilindungi Olehnya
- Ilah di sini bermaksud sesuatu yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
- Berhati-hatilah kerana ada orang yang menjadikan manusia dan jin sebagai pemberi perlindungan yang utama (sesungguhnya Allah lebih berhak utk diminta perlindungan).
- Dalil – Q. 72: 6. Dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.


§ Merasa Selalu Rindu Kepadanya
- Kita berasa rindu untuk bertemu dengannya dan rasa gembira apb bertemu dengannya.
- Remaja zaman sekarang ni lebih rindu terhadap kekasih dan tak sabar-sabar nak jumpa pakwe/makwe atau tak sabar2 nak chatting(sampai lupa nak solat) lebih drp rindu utk bertemu dengan Allah s.w.t , solat dan berzikir. Siapakah ilah kita?
- Dalil – Para penyembah berhala sangat tekun melakukan pengabdian kerana selalu rindu padanya. Q. 26:71. Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya”.


§ Merasa Cinta dan Cenderung Kepadanya
- Perasaan rindu yang menguasai diri menjadikannya mencintai ilah tersebut, walau bagaimanapun keadaannya. Dia akan mencintai ilah tersebut dengan sepenuh hati.
- Orang sekarang lebih cinta harta dunia (kedekut nak sedekah),lebih cenderung ikut arahan ketua walaupun melanggar hukum Allah, cinta makhluk lebih dari mencintai Allah. Siapakah ilah kita?
- Dalil – Q. 2:165. dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal).


2. Ilah juga berasal daripada perkataan ‘Abadahu yang bermaksud > Yang Di sembah


Kamaal al-Mahabbah (Dia amat sangat Mencintainya)
- Dia sangat mencintai sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kerana cintanya malahan sanggup berkorban, memberi kesetiaan, taat patuh dan sebagainya.
- Orang- orang kafir sangat mencintai berhala-berhala sembahannya (Ilah mereka); berasa senang apabila nama ilah mereka disebut (Lata, Uzza, Uzair), tetapi tidak suka apabila nama Allah di sebut.
- Peminat sanggup menghabiskan Rm 50.00 dalam satu malam semata-mata nak sms undi Mawi dalam Akademi Fantasia ----

- Dalil Q. 39:45. Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati.


- Dia sangat merendah diri di hadapan ilahnya. Sehingga menganggap dirinya sendiri tidak berharga, sedia bersikap serendah-rendahnya untuk ilahnya itu.
- Ada sorang kawan teman yang berasa hina dan rendah diri di hadapan orang kafir.
- Dalil: Reaksi org musyrik yang marah kerana berhala-berhalanya dipermalukan oleh Nabi Ibrahim. Mereka menghukum Nabi Ibrahim untuk membela berhala-berhala.. Ini kerana rasa rendah diri dan hormat terhadap berhala-berhala tersebut. Q. 21:59,68. Mereka (orang musyrik) berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami? sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim.


- Sehingga akan selalu mendengar, taat, tunduk dan patuh tanpa mempertikaikan, serta melaksanakan segala perintah yang datang daripada ilah tersebut.
- Kat Canberra ada satu berhala terbesar – Parliament House
- Dalil Q. 36:60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
Maha Suci Allah! Sesungguhnya hanya Allah yang berhak di sembah! Hanya Allah yang patut di cintai atas segala-galanya! Hanya kepada Allah yang berhak direndahkan diri! Dan hanya kepada Allah yang berhak ditunduk patuh!

3. Ilah juga bermaksud TUHAN (Al-Ilaah)


§ Al-Marghuub (YANG DISENANGI)

- Zat yang sentiasa diharapkan. Kita sentiasa berasa senang dengan segala takdir dan rezeki yang telah ditetapkan oleh Pencipta untuk hambaNya. Redha dengan segala ujian yang diberi olehNya.

- Dalil Q. 9:59. Jikalau mereka sungguh-sungguh ridha dengan apa yang diberikan Allah dan RasulNya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan sebagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah," (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).

- Meskipun begitu, cubalah bertanya pada diri sendiri, pernahkah kita mengucapkan kalimah redha dan berlapang dada seperti di atas tatkala kita ditimpa musibah? Atau adakah kita lebih banyak mengeluh?



§ Al-Marhuub (SESUATU YANG SANGAT DITAKUTI)

- Hanya Allah swt sahaja yang berhak ditakuti secara syar’ie. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap azab dan seksaNya, dan takut terhadap hal-hal yang akan membawa kemurkaanNya. Rasa takut ini bukan membuat ia lari, tetapi membuatkannya selalu mendekatkan diri kepada Allah kerana takutkan perkara2 yg telah dinyatakan.

- Dalil Q. 33.39. (Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.

- Walau bagaimanapun, hari ini secara tidak langung kita telah menjadikan rakan sekelas dan kemungkaran yang dilakukannya sebagai ilah kita; kita takut hendak menegur kemungkaran yang dilakukannya kerana takut kita akan dimarahi dan dibenci.


§ Al-Matbuu’ (YANG SELALU DIIKUTI ATAU DITAATI)
- Semua perintahNya sedia dilaksanakan dengan segala kemampuan manakala semua laranganNya akan selalu dijauhi. Berusaha untuk melaksanakan perintah Allah secepat mungkin.
- Dalil Q. 51:50. Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.
- Namun, hari ini berapa ramai antara kita yang menunaikan solat 5 waktu tepat pada masanya? Kita lebih sanggup menjadikan kelas2 kuliah dan sistem pendidikan kuffar sebagai ilah dan justeru melengah-lengahkan solat. Bila ditanya “Sudah solat”? Jawab kita, “Oh, tak sempat sebab ada kuliah tadi”.
Maha Suci Allah! Sesungguhnya hanya kepada Allah wajar kita senangi! Hanya Allah yang berhak ditakuti! Dan hanya Allah yang berhak di diikuti dan di taati!


3. Ilah juga bermaksud AL-MA’BUUD (Yang Diabadi)

Shaahib Al-Walaayah (PEMILIK KEPADA SEGALA KESETIAAN)
- Shaahib al-walaayah merupakan perwalian atau pemegang kuatkuasa atas seluruh makhluk termasuk dirinya. Dengan demikian, kesetiaan mukmin hanya diberikan kepada Allah SWT dengan kesedaran bahawa kesetiaan yang diberikan pada selainNya adalah kemusyrikan.
- Dalil Q. 109:1-6. Katakan(Muhammad), “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”.
- Adakah kita setia pada Allah? Setia dengan cara hidup yang telah ditunjuk oleh pesuruh dan kekasihNYA, setia kepada apa yang di suruh Allah dan justeru meninggalkan apa yang di larang? Ataupun kita masih setia pada tuntutan hawa nafsu kita?


Shaahib Ath-Thaa’ah (PEMILIK TUNGGAL HAK UNTUK DITAATI)
- Seorang mukmin yakin bahawa ketaatan pada hakikatnya hanya untuk Allah sahaja. Taat kepada orang yang menderhakai Allah, hakikatnya adalah turut derhaka pada Allah.
- Dalil Q. 4.59. “Wahai orang-orang beriman! Taatlah Allah, RasulNYA, dan orang-orang (Muslim) yang berkuasa dikalangan kamu…”
- Walau bagaimanapun, begitu ramai umat Muhammad pada hari ini secara langsung dan tidak langung tidak memberikan sepenuh ketaatannya kepada Allah. Tidak taat kepada sunnah Rasul dan hukum2 di dalam al-Quran. Adakah kita akan ke syurga Allah dan mendapat syafaat Rasul sekiranya terus menerus tidak taat kepada tuntutan Islam?

"Negaraku, tanah tumpahnya darahku..."
Kita mati kerana taat setia dan sayangkan negara, atau mati kerana Allah dan agamaNya?


Shaahib Al-Haakimiyah (PEMILIK TUNGGAL HUKUM DI ALAM SEMESTA)
- Hanya Allah mengetahui sedalam-dalamnya tentang ciptaanNya. Maka hanya hukumNya yang paling adil untuk ciptaanNya. Allah mewajibkan manusia melaksanakan hukum-hukumNya untuk mencapai kedamaian di dunia dan keselamatan di akhirat.
- Dalil Q. 24:1. “(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas agar kamu selalu mengingatinya”.
- Namun, hari ini tidak ada satu Negara pun yang mendakwa mereka adalah Negara Islam, mengamalkan hukum Allah secara total. Apakah ini yang dikatakan setia kepada Allah? Adakah ini yang dikatakan taat kepadaNya? Mengapa umat Islam hari ini, mendakwa Allah ialah Tuhan mereka, tetapi tidak menabalkan hukum Allah sebagai perlembagaan mereka? Demokrasi? Saya ingin berbaik sangka kepada umat Islam hari ini – mungkin mereka masih jahil dan tidak mengerti dengan maksud sebenar sistem demokrasi.

Maha Suci Allah! Sesungguhnya hanya kepada Allah segala kesetiaan dan ketaatan yang sepatutnya kita curahkan. Hanya hukum Allah yang layak untuk menjadi undang-undang di muka bumi. TIDAK ADA KESETIAAN DAN KETAATAN SELAIN KEPADA ALLAH! TIDAK ADA HUKUM UNTUK DIPRAKTIKKAN KECUALI HUKUM ALLAH!


Kesimpulan daripada tajuk "Makna Ilah":

Seringkali kita bersyahadah "Tiada ilah(tuhan) selain Allah" namun, benarkah kita telah menolak ilah-ilah yang lain sepanjang hidup kita dan hanya ber ilahkan Allah semata-mata?

Awas saudara2ku seakidah! Kerana boleh jadi secara tidak sedar, kita telah melebihkan sesuatu selain Allah berbanding Allah sendiri, dan justeru itu bemakna kita telah mensyirikkan Allah. Na'udzubillah..

Bukankah kita semua tahu bahawa dosa syirik itu sesunguhnya dosa yang paling besar dan tiada keampunan melainkan bagi orang-orang yang bertaubat.

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [Q. 31:13]