November 30, 2005

UNTUK LELAKI

*got this thru email..hmm bukan senang nak jadi lelaki ni.yela,lelaki kan diberi tanggungjawab sebagai ketua.tetapi ada sesuatu yg perlu diingat oleh kaum perempuan juga iaitu,dalam neraka,nisbah perempuan adalah lebih ramai dari lelaki..ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa kami..terimalah taubat kami...

............................................................................................................................

Assalamualaikum warahmatullah,

insyaALLAH, utk dikongsi bersama..

Golongan Lelaki yang Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anakperempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutupaurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, makabersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteritercintamu sekarang?. Dimanakah! dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanyamementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkandi akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jikatersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dari melakukan dosa...selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

...................................................................................................................................

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelarayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

wallahualamwassalam warahmatullah

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang² yang berakal, (iaitu) orang² yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia². Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali 'Imran: 190-191)

Ibn–Taymiyah (a successor) said, "The people of this life are pitiful, they left the life without knowing the best thing in life. Then he was asked, "What is the best thing in life?" He said, "Knowing Allah, fulfilling the commands of Allah ( SWT), pleasing Allah, and guiding people to His way."

2 comments:

... said...

Assalamualikumm..

tetiap hari acik mesti singgah sini.. kecuali weekend.. seronok baca aper yang dipostkan kat sini.. :)..

hikMah said...

waalaikumsalam...

jazakillah acik =)