Kalau roboh Kota Melaka
Papan di-Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di-kata
Badan nyawa saya serahkan
Bismillahirrahmanirrahim...
hmm pantun ni kita selalu dengarkan? tapi selalunya kita dengar macam dibaca dengan nada yang menggatal betul tak?lebih kurang camni> "alahai cik adik,kalau sungguh la bagai dikata,nyawa dan badan abang serahkan *wink*"..hmm dahulu ana pun jahil,fikir macam tu jugak.tak pernah terfikir pun yang pantun ni punya maksud yang tersirat.macam yang kita belajar dalam sejarah masa sekolah dulu,kita tahukan yang kota melaka merupakan pusat perdagangan yang amat terkenal seantero dunia?bukan sahaja sebagai pusat perdagangan,malahan sebagai pusat pemerintahan islam juga.kalau kita tengok sejarah,pusat kerajaan melaka dahulu termasuk dibawah pemerintahan kalifah kerajaan turki uthmaniyyah.bangganya ana dapat tahu yang tanah air kelahiran ana suatu ketika dahulu pernah diperintah oleh khalifah..subhanallah.alangkah indahnya kalau ana dapat merasa hidup dizaman itu...ya ALLAH,berilah kami peluang itu lagi...ok, berbalik kepada pantun tadi.kalau kita tengok bait-bait pantun yang indah ini,ia sebenarnya menggambarkan betapa kuat dan kukuhnya kerajaan islam diwaktu itu.sewaktu kedatangan portugis yang berniat untuk menyebarkan dakyah 'gospel'nya ke melaka, kerajjan jawa iaitu sebuah lagi kerajaan islam yang kukuh pada waktu itu, memberikan amaran, "ok fine!kalau kau nak jatuhkan kerajaan melaka,buatlah.tapi ingat!kami akan tegakkan kerajaan islam di jawa.daulah islamiyah akan terus tertegak di bumi ALLAH!".di sini, kita dapat lihat yang tanah itu tidak menjadi hal kerana apa yang ingin ditegakkan ialah kalimah LAILAHAILLALLAH.inilah dia contoh apa yang dikatakan perpaduan kerana ALLAH.hanya kepentingan islam yang dia nampak.tapi sekarang?kita pula yang berperang sesama sendiri dan memberi peluang kepada orang-orang kafir untuk menindas kita.sekarang,saudara-saudara kita di palestine tetap disepak terajang oleh yahudi laknatullah.mana pergi arab saudi?mana hilangnya iraq?di mana iran?dimanakah tanah air kelahiran ku?
wallahualam...
1 comment:
assalamualaikum,
alhamdulillah, moga Allah terima.
sekian terima kasih
Post a Comment