November 23, 2005

SAJAK BUAT SAHABAT SILAM

Sahabat silamku,

Bukan niat dihati untuk meninggalkanmu
Apatah lagi memusuhimu
Aku kini bukan aku yang dulu
Aku kini aku yang baru
Telah aku cuba untuk terangkan segalanya
Namun engkau sukar untuk memahami
Bukan salahku
Bukan salahmu

Sahabat silamku,

Ingin aku luahkan
Betapa aku dambakan engkau bersamaku
Berjalan di atas landasan yang sama
Menuju mencari redhaNya
Agar dunia mampu kita genggam
Agar ada mahligai syurga yang tersergam

Sahabat silamku,

Maafkan aku
Bukan niat untuk aku lari darimu
Bukan ingin memutuskan hubungan denganmu
Aku takut aku futur
Bukan kerana engkau yang kuat
Tetapi kerana aku yang lemah

Sahabat silamku,

KepadaNya aku serahkan segala
Dirimu jua diriku
Aku berdoa agar hubungan kita diredhaiNya
Marilah kita sama-sama berusaha
Meninggalkan segala jahilliyyah yang ada

1 comment:

Anonymous said...

salam, izin kan ana nk cOpy n paste sajak ini...syukran