Bismillahirrahmanirrahim...
Hmm benarkah kita seorang islam?islam kata kerja atau sekadar islam kata nama?kita melakukan amal ibadat.tapi, sejauh manakah amal ibadat kita itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan mungkar?linkin park?anuar zain?siti nurhaliza?waheeda?mawi?pergaulan bebas lelaki perempuan?dating?bercouple?bertudung tapi dengan baju berlengan pendek/sendat/jarang?tengok wayang?tengok konsert?telenovela?AF?malaysian idol?pakwe handsome?awek cun?etc...hmm sejauh manakah solat kita mampu untuk menegah kita dari melakukan perkara-perkara ni?sedihkan..sekarang ni kemungkaran seakan-akan susah untuk kita lihat dek kerana dibayangi oleh kebaikan yang dibuat.
"alaa die tu menyanyi dan menari ligat-ligat pun dah pergi umrah/haji ape..".
"die menyanyi tutup aurat ok ape...".
"alaa die baiklah..tak pakai baju seksi-seksi macam penyanyi lain.jage pergaulan dgn lelaki..".
"hey kitorag sokong die sebab die tu ikon remaja islam tau.dulu die tu juara musabaqah lagi..".
"alaa kitorang couple je..tak keluar dating pun.chatting2 kat ym je.telefon pun seminggu sekali je..die tu baik ah.nanti kene kebas orang..".
"alaa aku pakai lengan pendek pun,baju ketat pun, at least aku pakai tudung pe..".
"alaa tengok movie je..bukan nye wat pape pun.."
hmm tu lah dia yang kita selalu dengar.neraca mana yang kita guna untuk mentafsirkan "kebaikan" itu?neraca manusia atau neraca Allah?
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata." (Al-Baqarah:208)
ana teringat akan satu kartun dalam sebuah majalah ni.apa yang nak disampaikan lebih kurang macam ni:
pada satu hari datanglah seorang mat rock datang dekat sebuah kedai mamak ni dengan pakaiannya yang rock habis ah.dengan seluar koyak kat lututnya, rambut panjang tak terurusnya, baju gambar tengkorak ke setan tah, bertindiknya..pendek kata, rock habis ah..lepas tu dia duduk dekat satu meja dan membuat pesanan dekat mamak sepinggan mee goreng dan segelas teh tarik.bila dah sampai makanan yang dipesan, dia pun makan sambil mengomel-ngomel dekat mamak ni."gua tak pahamlah mamak.orang selalu tengok gua semacam je.tengok macam gua ni takde kepale je.gua ni,nampak je macam ni tapi gua baik apa.sembahyang cukup 5 tau.".beberape ketika lepas tu,ditakdirkan jatuh seketul tahi cicak dekat pinggan mee goreng mat rock tu.tak kena pun dekat mee.jatuh dekat bibir pinggan je.lalu mat rock tu pun tolak pinggan tu dan berhenti makan sambil menyumpah seranah cicak tu.mamak yang perasan kejadian itu pun berkata "lu manusia pun tau tolak makanan tu kalau ade kotoran termasuk dalam makanan walaupun kena sedikit je.lu tak fikir ke Allah pun boleh tolak amalan lu dek kerana kotoran-kotoran jahilliyah yang lu buat?"
hmm something to ponder..baik?berdasarkanapakah kita mendefinisikan perkataan baik tu?tak pakai baju seksi-seksi?menyanyi/menari/pakai baju ketat/berlengan pendek tapi pakai tudung?bercouple tapi tak dating/berpegangan tangan?menyanyi lagu yang entah apa-apa tapi mengimamkan solat di masjid?cuba fikir, cukup islamkah kita dengan setakat solat 5 waktu tapi dalam masa yang sama melakukan maksiat?solat kita itupun belum tentu diterima lagi.nauzubillah..hidup ini ibarat dehadapannya terbentang 2 jalan yang dibatasi oleh sebuah parit.jalan yang dibelah kanan ibarat mengerjakan amal ibadat dan jalan yang kiri pula ibarat membuat maksiat/kemungkaran..sekarang cuba bayangkan diri kita berjalan dengan kaki kanan di atas jalan yang belah kanan dan kaki kiri di atas jalan yang kiri.agak-agak bolehkah kita berjalan dengan selesa?terkengkang-kengkang dengan melangkaui parit ditengah-tengah.sudah tentu jawapannya tidak kan?kita mungkin akan akhirnya pilih untuk sama ada berada di jalan kanan atau kiri secara keseluruhannya atau mungkin saja kita rebah tersungkur jatuh di dalam parit itu.kan susah tu.ana pernah melalui zaman itu dan memang sungguh payah hidup begitu.hampir saja rebah tersungkur.so,jom kita decide sekarang kemana kita nak tuju.siapa yang berani mengaku nak masuk neraka kan?jomlah kita sama-sama melangkah ke jalan sebelah kanan..insyaAllah
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita baik (pula). Mereka yang dituduh itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka keampunan dan rezki yang mulia (syurga)" (An-Nur:26)
subhanallah..Allah sendiri dah janji dengan kita yang akan mengurniakan kita pasangan yang baik skeiranya kita baik.jadi mengapa kita nak memandai-mandai bercouple-couple ni?kalau ye pun berkenan sangat, salurkanlah kejalan yang betul.guna orang tengah yang boleh dipercayai.contohnya parents ke naqib/naqibah ke.terus je masuk meminang.meminang ni pun bukan untuk lelaki je.perempuan pn boleh.even nabi Muhammad pun dipinang Khadijah.jangan dek kerana adat, kita gadaikan maruah agama dan diri.jadi, tak cukup yakinkah kita dengan janji Allah ni?just memperbaikkan diri (guna neraca Allah untuk mendefinisikan perkataan baik tu) sendiri cukuplah sebagai usaha untuk mendapat pasangan yang baik.yang lain-lain tu serahkan pada Allah s.w.t..let Him decides for us.Indeed He is the BEST chooser.dan kalau ditakdirkan kita tak jumpa jodoh di dunia, mungkin di akhirat kelak.again, Allah knows BEST.sedihnya tengok ada naqibah sendiri bercouple dengan naqib.tak cukup yakinkah kita dengan janji Allah?astaghfirullahalazim...jom kita sama-sama muhasabah diri kita balik..
No comments:
Post a Comment