Akan tetapi hidup nenda memang abadi di sini, di Gunung Ledang ini kerana nenda mahu membersihkan diri. Di luar sana terlalu banyak kekotoran, kehodohan yang amat menakutkan sampaikan nenda tidak lalu untuk menjengah muka. Anak-anak gadis kita cantik apa? Urat pun tidak bertutup, alur terjulur, peribadi jauh dari mulia, adab tidak ada akhlak pula terlontar entah ke mana. Inilah kehodohan yang amat nenda geruni. Sudah dekat dengan kiamat kita ini. Biarlah nenda duduk berzikir sahaja, ingin mendapat taraf wali. Adapun apakah benar nenda ini suka berkemban sahaja? Jawapannya, issyyy cucunda ini, masakan boleh nenda berkemban di tempat yang banyak nyamuk begini? Nanti habis dilatam ditalu tubuh nenda yang putih gebu ini. Janganlah cucunda percaya apa-apa yang karut itu, buat mendatangkan dosa sahaja... Petikan dari cerpen Ratu Kosmetik
Faisal Tehrani
2 comments:
ALLAH AZZA WA JALLA BERFIRMAN: '[Keagungan] itu kain-Ku; [Membesar diri] itu selendang-Ku. Barangsiapa yang cuba merebut salah satu daripada kedua-duanya daripada-Ku; Sesungguhnya, Aku menyeksanya.' ::(Hadis Qudsi: Riwayat Muslim)::
::Saya Di Bawah Apa Yang Anda Ucapkan dan Di Atas Apa Yang Anda Rasakan Dalam Hati Anda::
.~.:PUNCAK & KEFASIHAN:.~.
~.:SALIMNA:.~
"Hati ini adalah wadah. Yang terbaik di antaranya adalah yang memelihara [isinya]. Maka, peliharalah apa yang disampaikan ini kepada anda."
"Demi Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Saya tidak tahu apa yang akan dikatakan kepada anda. Saya tidak mengetahui apa-apa [dalam hal-hal ini] yang tidak anda ketahui. Saya tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada anda dan tidak dapat saya mengantarkan anda ke suatu hal yang tidak anda ketahui. Anda tentu mengetahui apa yang [kami] ketahui, [kami] tidak mengetahui sesuatu sebelum anda yang dapat [kami] katakan kepada anda. Tidak pula [kami] mempelajari sesuatu dalam rahsia yang harus [kami] sampaikan kepada anda. Anda telah melihat sebagaimana [kami] telah melihat dan anda telah mendengar sebagaimana [kami] telah mendengar. Maka, bertakwalah kepada Allah Azza Wa Jalla dalam diri anda sendiri kerana demi Allah Maha Kuasa kepada anda tidak akan diperlihatkan apa pun, seolah-olah anda buta ataupun menilai seakan-akan anda tidak tahu]."
"Sesungguhnya, [saya membenci kalau-kalau terjadi pada fikiran anda bahawa saya mencintai pujian tinggi ataupun mendengar lagu pujian. Dengan rahmat Allah Azza Wa Jalla, saya tidak seperti itu. Sekalipun misalnya saya menyukai disebut seperti itu, saya akan menyerahkannya dalam ketundukan ke hadapan Allah Maha Esa lagi Maha Agung berbanding menerima kebesaran dan kemuliaan yang atasnya, Allah Maha Suci lebih berhak]."
[Ya Allah; Tuhanku. Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta dan manusia yang merosak. Ya Allah, Engkau adalah Sahabat dalam perjalanan dan Engkau adalah yang ditinggal untuk melindungi keluarga. Tiada selain Engkau yang dapat menggabungkan keduanya kerana yang ditinggal pergi tidak dapat menjadi teman dalam perjalanan dan yang menjadi teman perjalanan tidak dapat ditinggal pergi pada saat yang sama]..
~(:KETAHUILAH:)~
"Jangan Kita Melihat siapa yang berkata, tetapi melihat apa yang dikatakannya."
Apakah kita merdeka atau hamba? Jika merdeka. Itu benar. Andai hamba, tentu ia akan memenuhi syarat-syarat kehambaan dan ketaatan kepada tuannya.
~(:PIECES OF WE:)~
"Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta."
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu orang-orang Shiddiqien dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka. Al-Hadid :: 19
.:.SALAM KASIH SAYANG.:.
:: assalamu'alaikumwarahmatullah ::
waalaikumsalam wbt...
jazakallah wahai saudaraku.memang peringatan itu amat berguna utk tiap insan yg beriman =)
semoga kita berada dalam redha Allah sentiasa...
Post a Comment