*i got this very interesting article from a subscribed yahoogroup.it discussed the most important thing that every muslim has to think about.again, are we islam enough?
...........................................................................................................................
Kalimat ‘Laa ilaaha illa Allah’ adalah kalimat yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Kita sering menyebutnya baik di dalam solat mahupun ketika azan. Namun sejauh manakah kita memahami kalimat ini dan mengamalkannya?
Tingkah laku umat Islam kini yang terpengaruh dgn jahiliyah dan cara hidup Barat menunjukkan syahaadah tidak memberi kesan kepada dirinya.
Kita mengaku bahawa ilaah kita yang sebenar-benar adalah Allah semata-mata dan menolak tuhan-tuhan lain dengan bersyahadah: “Tiada ilah/tuhan yang di sembah melainkan Allah”. Namun, benarkah kita tidak mengambil sesuatu yang lain sebagai ilah/tuhan di samping Allah?
Mari kita kaji maksud ilaah/tuhan telebih dahulu....
1. Ilah berasal daripada perkataan Aliha (Yang menenteramkan)
§ Merasa Tenteram Kepadanya
- Ilah ialah apabila ilah tersebut diingat-ingat oleh seseorang, dia merasa senang dan setiap kali mendengar nama ilah itu disebut dia merasa tenteram.
- Orang sekarang lebih tenteram dengar muzik rock pop ye ye, lebih tenteram buat maksiat dan lebih tenteram dengan harta dunia dan nafsu syahwat berbanding rasa tenteram apabila di dalam solat. Lantaran itu lahirlah ungkapan, “Jika ingin mencari barang yang hilang, maka carilah di dalam solat. Nescaya anda akan menemuinya!”. Sekarang siapa ilah kita?
- Dalil – Q. 10: 7-8. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dgn Kami, dan merasa puas dgn kehidupan dunia serta merasa tenteram dgn kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.
§ Merasa Dilindungi Olehnya
- Ilah di sini bermaksud sesuatu yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
- Berhati-hatilah kerana ada orang yang menjadikan manusia dan jin sebagai pemberi perlindungan yang utama (sesungguhnya Allah lebih berhak utk diminta perlindungan).
- Dalil – Q. 72: 6. Dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
§ Merasa Selalu Rindu Kepadanya
- Kita berasa rindu untuk bertemu dengannya dan rasa gembira apb bertemu dengannya.
- Remaja zaman sekarang ni lebih rindu terhadap kekasih dan tak sabar-sabar nak jumpa pakwe/makwe atau tak sabar2 nak chatting(sampai lupa nak solat) lebih drp rindu utk bertemu dengan Allah s.w.t , solat dan berzikir. Siapakah ilah kita?
- Dalil – Para penyembah berhala sangat tekun melakukan pengabdian kerana selalu rindu padanya. Q. 26:71. Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya”.
§ Merasa Cinta dan Cenderung Kepadanya
- Perasaan rindu yang menguasai diri menjadikannya mencintai ilah tersebut, walau bagaimanapun keadaannya. Dia akan mencintai ilah tersebut dengan sepenuh hati.
- Orang sekarang lebih cinta harta dunia (kedekut nak sedekah),lebih cenderung ikut arahan ketua walaupun melanggar hukum Allah, cinta makhluk lebih dari mencintai Allah. Siapakah ilah kita?
- Dalil – Q. 2:165. dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal).
2. Ilah juga berasal daripada perkataan ‘Abadahu yang bermaksud > Yang Di sembah
Kamaal al-Mahabbah (Dia amat sangat Mencintainya)
- Dia sangat mencintai sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kerana cintanya malahan sanggup berkorban, memberi kesetiaan, taat patuh dan sebagainya.
- Orang- orang kafir sangat mencintai berhala-berhala sembahannya (Ilah mereka); berasa senang apabila nama ilah mereka disebut (Lata, Uzza, Uzair), tetapi tidak suka apabila nama Allah di sebut.
- Peminat sanggup menghabiskan Rm 50.00 dalam satu malam semata-mata nak sms undi Mawi dalam Akademi Fantasia ----- Dalil Q. 39:45. Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati.
- Dia sangat merendah diri di hadapan ilahnya. Sehingga menganggap dirinya sendiri tidak berharga, sedia bersikap serendah-rendahnya untuk ilahnya itu.
- Ada sorang kawan teman yang berasa hina dan rendah diri di hadapan orang kafir.
- Dalil: Reaksi org musyrik yang marah kerana berhala-berhalanya dipermalukan oleh Nabi Ibrahim. Mereka menghukum Nabi Ibrahim untuk membela berhala-berhala.. Ini kerana rasa rendah diri dan hormat terhadap berhala-berhala tersebut. Q. 21:59,68. Mereka (orang musyrik) berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami? sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim.
- Sehingga akan selalu mendengar, taat, tunduk dan patuh tanpa mempertikaikan, serta melaksanakan segala perintah yang datang daripada ilah tersebut.
- Kat Canberra ada satu berhala terbesar – Parliament House- Dalil Q. 36:60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
Maha Suci Allah! Sesungguhnya hanya Allah yang berhak di sembah! Hanya Allah yang patut di cintai atas segala-galanya! Hanya kepada Allah yang berhak direndahkan diri! Dan hanya kepada Allah yang berhak ditunduk patuh!
3. Ilah juga bermaksud TUHAN (Al-Ilaah)
§ Al-Marghuub (YANG DISENANGI)
- Zat yang sentiasa diharapkan. Kita sentiasa berasa senang dengan segala takdir dan rezeki yang telah ditetapkan oleh Pencipta untuk hambaNya. Redha dengan segala ujian yang diberi olehNya.
- Dalil Q. 9:59. Jikalau mereka sungguh-sungguh ridha dengan apa yang diberikan Allah dan RasulNya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan sebagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah," (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).
- Meskipun begitu, cubalah bertanya pada diri sendiri, pernahkah kita mengucapkan kalimah redha dan berlapang dada seperti di atas tatkala kita ditimpa musibah? Atau adakah kita lebih banyak mengeluh?
§ Al-Marhuub (SESUATU YANG SANGAT DITAKUTI)
- Hanya Allah swt sahaja yang berhak ditakuti secara syar’ie. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap azab dan seksaNya, dan takut terhadap hal-hal yang akan membawa kemurkaanNya. Rasa takut ini bukan membuat ia lari, tetapi membuatkannya selalu mendekatkan diri kepada Allah kerana takutkan perkara2 yg telah dinyatakan.
- Dalil Q. 33.39. (Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.
- Walau bagaimanapun, hari ini secara tidak langung kita telah menjadikan rakan sekelas dan kemungkaran yang dilakukannya sebagai ilah kita; kita takut hendak menegur kemungkaran yang dilakukannya kerana takut kita akan dimarahi dan dibenci.
§ Al-Matbuu’ (YANG SELALU DIIKUTI ATAU DITAATI)- Semua perintahNya sedia dilaksanakan dengan segala kemampuan manakala semua laranganNya akan selalu dijauhi. Berusaha untuk melaksanakan perintah Allah secepat mungkin.
- Dalil Q. 51:50. Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.
- Namun, hari ini berapa ramai antara kita yang menunaikan solat 5 waktu tepat pada masanya? Kita lebih sanggup menjadikan kelas2 kuliah dan sistem pendidikan kuffar sebagai ilah dan justeru melengah-lengahkan solat. Bila ditanya “Sudah solat”? Jawab kita, “Oh, tak sempat sebab ada kuliah tadi”.
Maha Suci Allah! Sesungguhnya hanya kepada Allah wajar kita senangi! Hanya Allah yang berhak ditakuti! Dan hanya Allah yang berhak di diikuti dan di taati!
3. Ilah juga bermaksud AL-MA’BUUD (Yang Diabadi)
Shaahib Al-Walaayah (PEMILIK KEPADA SEGALA KESETIAAN)- Shaahib al-walaayah merupakan perwalian atau pemegang kuatkuasa atas seluruh makhluk termasuk dirinya. Dengan demikian, kesetiaan mukmin hanya diberikan kepada Allah SWT dengan kesedaran bahawa kesetiaan yang diberikan pada selainNya adalah kemusyrikan.
- Dalil Q. 109:1-6. Katakan(Muhammad), “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”.
- Adakah kita setia pada Allah? Setia dengan cara hidup yang telah ditunjuk oleh pesuruh dan kekasihNYA, setia kepada apa yang di suruh Allah dan justeru meninggalkan apa yang di larang? Ataupun kita masih setia pada tuntutan hawa nafsu kita?
Shaahib Ath-Thaa’ah (PEMILIK TUNGGAL HAK UNTUK DITAATI)
- Seorang mukmin yakin bahawa ketaatan pada hakikatnya hanya untuk Allah sahaja. Taat kepada orang yang menderhakai Allah, hakikatnya adalah turut derhaka pada Allah.
- Dalil Q. 4.59. “Wahai orang-orang beriman! Taatlah Allah, RasulNYA, dan orang-orang (Muslim) yang berkuasa dikalangan kamu…”
- Walau bagaimanapun, begitu ramai umat Muhammad pada hari ini secara langsung dan tidak langung tidak memberikan sepenuh ketaatannya kepada Allah. Tidak taat kepada sunnah Rasul dan hukum2 di dalam al-Quran. Adakah kita akan ke syurga Allah dan mendapat syafaat Rasul sekiranya terus menerus tidak taat kepada tuntutan Islam?
"Negaraku, tanah tumpahnya darahku..."
Kita mati kerana taat setia dan sayangkan negara, atau mati kerana Allah dan agamaNya?
Shaahib Al-Haakimiyah (PEMILIK TUNGGAL HUKUM DI ALAM SEMESTA)
- Hanya Allah mengetahui sedalam-dalamnya tentang ciptaanNya. Maka hanya hukumNya yang paling adil untuk ciptaanNya. Allah mewajibkan manusia melaksanakan hukum-hukumNya untuk mencapai kedamaian di dunia dan keselamatan di akhirat.
- Dalil Q. 24:1. “(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas agar kamu selalu mengingatinya”.
- Namun, hari ini tidak ada satu Negara pun yang mendakwa mereka adalah Negara Islam, mengamalkan hukum Allah secara total. Apakah ini yang dikatakan setia kepada Allah? Adakah ini yang dikatakan taat kepadaNya? Mengapa umat Islam hari ini, mendakwa Allah ialah Tuhan mereka, tetapi tidak menabalkan hukum Allah sebagai perlembagaan mereka? Demokrasi? Saya ingin berbaik sangka kepada umat Islam hari ini – mungkin mereka masih jahil dan tidak mengerti dengan maksud sebenar sistem demokrasi.
Maha Suci Allah! Sesungguhnya hanya kepada Allah segala kesetiaan dan ketaatan yang sepatutnya kita curahkan. Hanya hukum Allah yang layak untuk menjadi undang-undang di muka bumi. TIDAK ADA KESETIAAN DAN KETAATAN SELAIN KEPADA ALLAH! TIDAK ADA HUKUM UNTUK DIPRAKTIKKAN KECUALI HUKUM ALLAH! Kesimpulan daripada tajuk "Makna Ilah":
Seringkali kita bersyahadah "Tiada ilah(tuhan) selain Allah" namun, benarkah kita telah menolak ilah-ilah yang lain sepanjang hidup kita dan hanya ber ilahkan Allah semata-mata?
Awas saudara2ku seakidah! Kerana boleh jadi secara tidak sedar, kita telah melebihkan sesuatu selain Allah berbanding Allah sendiri, dan justeru itu bemakna kita telah mensyirikkan Allah. Na'udzubillah..
Bukankah kita semua tahu bahawa dosa syirik itu sesunguhnya dosa yang paling besar dan tiada keampunan melainkan bagi orang-orang yang bertaubat.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [Q. 31:13]